Monday 1 April 2019


Assalammualaikum salam sejahtera & salam kasih sayang.

Alhamdulillah, hari ini terbuka hati melakar kata-kata di sini. 
Semoga ada ruang yang luas untuk melepaskan gusar dan rusohnya hati.

Ya! Gelaran dan jawatan itu sangat gah dan berkuasa. 
Sangat bermakna untuk sebuah perkhidmatan dan kejayaan. 
Seolah-olah menduduki takhta yang beribu-ribu merebutkannya.
Gelaran yang digeruni, diidamkan oleh sebilangan orang. Samada yang bercita-cita, yang berangan-angan mahu pun yang mengidamkannya.

Jauh dari lubuk hati saya yang sangatttt dalam...
Gelaran jawatan ini bukanlah satu TAKHTA yang penuh dengan kuasa. Bukan mutlak untuk sebuah kebanggaan, melainkan satu tanggungjawab dan amanah yang sangat besar. Sebesar nama jawtan itu sendiri.