Monday, 6 June 2011

Jangan menongkat langit, anak-anak...





Anak-anak ibu...~ Abang Apan, Anchik, Kak Nang & Bujang Kenit ibu, Zidane...

Hari ini, kita keluar lagi. Tinggalkan Atok dengan Cik Yanie & Abang Zack.. Kita bercuti sakan kali ini... Dan ibu nampak, ada kepuasan di hati kalian..biar pun sedikit. 
Alhamdulillah, sekurang-kurangnya cuti kalian tidak dihabiskan di depan tv sepenuhnya..dan dapatlah kalian melihat2 tempat orang.


Anak2 ibu sayang...

Biar pun ke hujung dunia kalian berlari...
biar pun ke langit biru kalian terbang...
mahu pun ke lautan dalam kalian renangi...
hutan belantara kalian redah...
daratan salju yang kalian tempuh...
lautan api sekali pun... 



INGATLAH anak2...


Membesarlah kalian sebagaimana yang ibu dan babah didik.
Mentaati perintah Tuhan, menepati azan.. Berdiri tenang mengadap kiblat... 
Yang halal tetap halal, yang haram tetap haram!
Membesarlah sebagai  insan yang berbudi bahasa...Menghormati orang yang lebih tua.. 
Ucap terima kasih bila menerima...
Jasa jangan tidak dikenang... saudara mara terus didekati... 
Bertutur tidak mendabik dada, bercakap tidak menghiris rasa... 
Bertindak menggunakan akal, bukannya otak.. Bertindak bukan mengikut rasa...
Kawan dan sahabat dikasihi...bukan untuk dicurangi..
Jiran tetangga disapa mesra, rakan taulan ditegur sapa... Jangan hidup meninggi hidung...
Menongkat langit jangan jadikan budaya...
Masa dipatuhi, adat dijunjung adab beradat... Budaya dihormati amalan diluruskan...
BANGSA terus sebati dalam diri!! 




Anak-anak..nanti,
Jika tangan masih mampu menyuap nasi, jangan dilupakan saudara yang sedang mengais...
jika kaki masih mampu melangkah, jangan tinggalkan yang ketinggalan...
jika muka masih boleh dipandang, jangan orang dipandang hina...
jika mulut boleh bersuara, jangan abaikan saudara yang kelu...
jika kalian masih boleh ketawa, jangan ada yang masih menangis... ajaklah sama2 bersenda..
hati gajah biarlah sama dilapah...hati semut sama dicecah...
Berdirilah kalian sebagai juara!! 
bangganya ibu...bangganya babah!!

Anak2 ibu sayang...
Banyak yang selalu kita tengok, lihat dan dengar...
Selalu yang kita tengok, menjolok mata agama kita... mencucuk hidung bangsa kita...
Selalu kita lihat yang pedih di mata kita...
Sangat selalu kita dengar yang menghiris gegendang telinga...
berdentum kilat dan petir...banyak sangat tingkah sopan yang semakin hancur...
NAUZUBILLAHHH...
NAUZUBILLAHHH...
NAUZUBILLAHHH...

bukan ANAK-ANAK ibu!!
tidak ada sepotong ayat kebinasaan itu pun untuk anak2 ibu...
...biar pun ada yang mendoakan... NAUZUBILLAH!!



Jadilah anak-anak ibu & babah, yang kami corakkan warnanya...
Jadilah anak-anak ibu & babah, yang cantik seni hiasnya, luar dan dalam...
jadilah permata ibu & babah, yang takkan hilang kilaunya, dunia dan akhirat...
jadilah intan payung ibu & babah, yang takkan hilang manja nya...
aminnn...
INSYAALLAH...Tuhan maha mengetahui!!




Ya ALLAH,
jangan aku diduga terhadap anak2 ku..
antara dugaan yang tak mampu aku hadapinya...
tak mampu ya Allah..

Membesarlah anak2 ibu!! Membesar sebagai INSAN...
sebagai seorang BUDIMAN...
 AMIN.


Apa HARGAnya ? Bukan BERAPA...




Mengenali Mak Uning dan Pak Uning bukan sehari dua.. Sedari aku kecik, seawal 4 5 tahun umurku... Itulah panggilan yg aku akan panggil untuk kedua org tua ini... Dari dulu! 

Kalau zaman kanak2 aku...adek2 Mak Uning adalah kawan2 sepermainan aku, Kak Ju & Abang Ali... Aku masih ingat lagi, macamaner manjanya aku & Adek dilayan dek Kak Ju dan Abang Ali 'kami' tu... Main masak2, main 'police & thief', galah panjang, nyorok2, kejar2 dan teng2... Kalau main masak2, waktu petang. Siap ambik beras kat rumah masing... dan masak dalam tin ikan sardin... Siap ada api, masak real2 punya... Ada pinggan sendiri...DAUN PISANG! Lauk?? Alaaa..tak ingat la pulak lauk apa masa tu...
Dan yang paling tak boleh lupa..bila hujan tiba2 mencurah!!! Hahahahaha...kami lari lintang pukang...masuk ke rumah pondok yang kami buat daripada kotak2 dan zing... Konon2 nak berteduh, tapi baju tetap basah kuyup!!! Hahahahaha... Mak Uning tak marah, Mak Uning senyum jer sambil menyuruh kami bersihkan badan. Sedangkan, program "masak2" kami terbengkalai aka bersepah di laman rumah, yang mana di situ ialah laman kesayangan Mak Uning. Mak Uning tetap senyum..dimata aku.
...yang pastinya, adek2 Mak Uning ada dalam ingatan aku... Aku tak lupa itu. 

Dek kerana masa dan jarak...Dek kerana jodoh dan pertemuan, dek kerana mencari pencarian, dek kerana hidup tetap diteruskan, terpisahlah aku dari kedua orang tua yang ku panggil UNING ini...Sementara Aku membina hidup ... 
Namun, pertalian itu tetap ada...terpisah hanya sementara... Anak2 Pak Uning & Mak Uning terus membesar tanpa aku kenal seperti aku mengenal adek2 sepupu yang lain... Kekadang tersalah panggil, kekadang tersalah gelar... Bila berkenduri kendara, hanya senyum sbagai tanda kami bersaudara... Hari raya, entah kadang entah tak jumpa pun... Masa itu, keluarga Pak Uning & Mak Uning ada atau tidak, raya tetap raya.. Kerana MASA menjarakkan aku...bukan kerana lain.. Dan kerana itu aku tidak mesra.. Maafkan Nini Mak Uning, maarkan Nini, Pak Uning... Maafkan Kak Long ek, adik2 sekupu-pupu ku!!!



Masa tetap masa! Cepat atau lambat, itulah hukum yang telah ditentukan... Dannn...

Hari ini, kedua2 orang tua itu, masih aku panggil Mak Uning & Pak Uning.. Hari ini, anak2 Pak Uning & Mak Uning pulak menjadi kawan2 aku dan kawan2 anak2 aku... Cik Da & Cik Aimi, kawan baik Apan, Anchik, Nisha & Zidane... Terima kasih kawan2!! 
Dan hari ini, aku terus mendekati Mak Uning dan Pak Uning yang telah lama 'terpisah'... Dan hari ini, aku tak akan lepaskan peluang merebut semula MESRA yang telah lama hilang... Kerana aku tahu... kerana aku kenal... Mak Uning dan Pak Uning yang aku kenal dulu, adalah Mak Uning dan Pak Uning aku !!

Siapa pulak budak perempuan ni? Aku bertanya dalam hati...seingat aku, itu2 jer anak mak uning... Yg lagi sorang ni, siapalah pulak...
Aku bertanya pd Alang (biras mak uning, adik mak aku)...Siapa budak tu Lang? Kawan Nana,jwb Alang ringkas... Kawan Nana?? Takkan berhari2 tido rumah mak uning... Isshhh! kata Alang...sambil menunjukkan muka tak selesa bila aku cuba nak tanya banyak lagi... Aku pun diam.Aku faham, alang tak suka aku tanya yg lain2.. Tapi dalam hati, aku bercakap sendiri... "mak uning ni, ntah saper2 anak dara orang bagi tinggal plak kat umah ni...mak uning kan ada anak lelaki!..merungut lagi...ishh...kang kalau aku cakap direct kat mak uning, macam kuwang hajar lah pulak..aku terus diam.. Aku pun menyedapkan hati ~ Mak Uning ada ramai anak perempuan, takperlah. Takkan diorang tak faham... Dan budak perempuan tu, aku tetap layan macam adek2 sekupu-pupu aku yg lain... Senyummm, suruh tu, suruh ni... Dan dia buat apa yang sepatutnya... Aku pon jadi tak kesah... 
Dia boleh tumbuk cili api buat sambal belacan, sambil mencangkung lagi!!... Dia boleh sama2 melepak depan tv kat ruang yang terhad dan sempit... Dia jugak boleh berkaki ayam angkat kain di ampaian... Tumit merahnya yang seperti terpercik darah, boleh menyapu rumah Mak Uning aku yang tidak ber'tiles' pun, tanpa kekok...Dia masih boleh berkongsi baju sesama adek2 sekupu-pupu aku yg lain...tudung pon..! 

Mak Uning & Pak Uning aku jaga budak perempuan tu, takder beza dikalangan anak2 mereka, di mata aku... Mak Uning & Pak Uning menatang budak tu macam menatang minyak yang penuh! Sama seperti anak2 yang lain... Tapi, aku masih tak puas hati.. siapa budak tu? Mana asal usulnya? Siapalah emaknya? Siapa bapaknya? Mana keluarga dia? Takkan emak ayah dia tak pernah datang sini, dan tak pernah terserempak dgn aku... Alang & Pak Itam pon, tak pernah pulak cerita yg keluarga budak tu ada datang rumah mak uning... Punya lah aku kaki menyebok!!

Aku beranikan diri bertanya pada Mak Uning... Mak Uning pon jawab benda yang sama..."kawan Nana, budak Terengganu..kerja dekat dgn tempat kerja Nana, rumah sewa dia, jauh sgt dr tempat kerja dia. Kesian dia Ni...dia jauh dari mak dia...Takder saudara mara yang dekat2 sini yg dia ada.. Mak Uning rasalah, dia ni anak orang susah agaknya.. Mak Uning tengok cara dia, memang dia anak orang susah agaknya Ni.. Takperlah, kita jagalah dia. Mak Uning pon dah rasa dia macam anak sendiri.. Sama2 kena marah, kena leter dengan mak uning tu...".. Aku terus diam.. Dan aku dah puas hati... sbb aku tau, mak uning memang ikhlas nak jaga budak pempuan tu..macam anak mak uning sendiri!! IKHLAS!!! Tapiii...

Hari bertambah hari, minggu berganti minggu,bulan ganti bulan...akhirnya aku dapat jawapan!! Laaaaaaaaaaaaa...rupa2nya kawan Ezam!!! Awek Ezam!! Punyalah aku bising dalam hati..tak terkata!! Kenapa aku tak tau awal2 lagi?? Kenapa diorang tak bgtau aku perkara sebenar??... Lastnya, baru aku terfikir.. tingkah laku 'pasangan' ni, buatkan aku tak terfikir langsung yang sebenarnya diorang ni 'couple'!! Sgt2 menjaga tingkah laku...dan tak pernah pulak budak2 ni "menjolok" mata aku...!! ...

~ Nini, Alang, Pak Itam, Mak Uning dgn Pak Uning nak pegi rumah keluarga dia...nak merisik untuk Ezam... Aku pon bertanyalah jugak, kot2 ada apa2 yg aku boleh tolong buatkan utk dibawak sbg buah tangan.. Tapi, alang kata, kita pergi simple jer...Aku pon rela... Dan mcm biasa, aku tak ambik peduli sgt bab2 merisik ni..sbb, bila kita datang cara baik, tentu orang akan layan cara baik... So, majlis berjalan seperti dirancang dan...

Oooooo Nini!!! Nini nak tauuuuu!! Rupa2nya budak pempuan tuuu.. Mak dia kayaaaaaaaa!!! Rumah sebesar2nya!!! Dan Alang mulalah bercerita dari mula sampai ke rumah mak DIA...bagaimana keluarga kami disambut, bagaimana keluarga kami dilayan... SUPERB!!  sampailah keluar dari rumah MAK DIA... Tak habis lagi alang bercerita...siapa ayah DIA, siapa nenek dia...siapa keluarga dia...mana asal usul dia, yg selama ini aku sibuk sgt nak tau... bla bla bla blaaa.... smpaikan aku tertanya sendiri..."DRAMA MINGGU INI" kah yang sedang aku tonton???

Dannn...selepas hari itulah, aku, alang & pak itam dan keluarga Mak Uning & Pak Uning BARU tahu siapa budak perempuan itu... BARU KAMI TAHU!! DANnnn...baru Pak Uning & Mak Uning aku tahu siapa dia ini sebenarnya... Yang selama ini mak uning aku jaga tanpa prejudis... yang pak uning aku anggap sebagai anak orang susah.. yang kami anggap sebagai budak biasa2... yang aku tahu, IKHLAS itu prinsip kedua2 UNING aku ini!!!!

Cuma...aku agak terkedu, bila diberitahu...dia tak pernah langsung jumpa ayah kandungnya hampir 22 tahun... Aku jadi termanggu!! MASIH ADA LAGIKAH CERITA2 LAGENDA SEMACAM INI??? Aku keliru!!

Dipendekkan ceritera... demi sebuah ikatan yang telah lama terputus dek kerana kasih sayang...maka  keluarga Pak Uning & Mak Uning dan kami yang lain, mengusahakan satu pertemuan demi mengeratkan semula kasih sayang menjejak kasih dan merisik jodoh yang akan disatukan...berbondong2lah kami ke Pantai Timur... dengan dua hasrat dalam satu perjalanan...


Maka, di kala azan Suboh dilaungkan dari dalam Masjid Terapung Kuala Terengganu, bertemulah seorang anak perempuan dengan ayahanda  tercinta dengan penuh hiba!! 
Arrrhhh...hanya Allah sahaja yang tahu tika dan saat itu...

Matari muncul meriah di celah2 ombak Batu Buruk...seceria hati sang ayah bertemu semula anak dara permata hati kala mencinta si ibu jelita... Tak sabar2 si ayah, mempertemukan si anak dengan ahli keluarga yg lain... Nenek!! Nenek dia ...bergenang airmata tatkala berjumpa!! Kami tumpang bahagia...airmata tak tertahan melihatkan pertemuan rindu itu!! Jelas!! Nampak!!! Memang itulah namanya RINDU!! Sgt2 rindu!! Rindu pada si cucu...rindu pada anak saudara... rindu! serindu2nya!! barulah aku tahu, itulah rindu yg sebenar2 rindu... RINDU yg bukan di TIPU!! 

Dalam pertemuan ini, memberi aku tahu siapa dia sebenarnya... Menjelaskan aku siapa dia ... 
Sebentuk cincin bermata berlian hitam jadi hadiah pada pertemuan pertama itu dari neneknya!! Sekeping kad kuasa yg digesek pada palang pagar, utk ke rumah itu... Pengawal mengangkat tangan tanda hormat... Beberapa buah kereta 3huruf memenuhi ruang letak kereta... Tangga melengkung bertemu di ruang tamu... Hamparan menenggelamkan buku lali... Sofa empuk yang boleh melelapkan mata berjam2... 
Sebenarnya, itulah cara dia dibesarkan... tetapi...

TERIMA KASIH Mak Uning & Pak Uning!!! Aku bangga ada kalian berdua!! Bukan KERANA darjat dan harta yang jadi taruhan untuk MENJAGA !! Bukan kerana asal usul, kalian MENABURKAN KASIH dan SAYANG... Bukan kerana benda jadi ukuran... Keikhlasan kalian sangat aku sanjung setinggi2nya.. 
Sedangkan anak kucing yang kita jumpa, kita bagi makan dan bela...inikan pulak anak orang yang mohon menumpang kasih dengan cara baik dan sopan!! 

TERIMA KASIH Mak Uning & Pak Uning... walaupun di rumah kita tak bertangga batu...tapi lecak dipijak anak2... walaupun tidak berlapik bertikar, peha jadi taruhan kasih melelap mata... biarpun bukan batu intan permata pengikat sayang, air tangan jadi hirupan, ditelan menjadi zat sebagai insan... Kasih sayang yang kalian pertaruhkan, mengikat anak2 merebut peluang yang ada...   

Andai ada bunyi yang tak sedap didengar... andai ada kata yang sangat bisa tuturnya... andai ada pedas bicaranya... KALIAN berdua tetap menang di hati ATIE!! DIA tidak dipersia seperti yang berkata!! 

Kasih sayang Mak Uning & Pak Uning, seindah matari mencurah cahaya di pantai Batu Buruk  dikala pagi hari! 

TERIMA KASIH UNING2 KU!!