Monday 7 July 2014

Kasihan anak ITU





Ya Allah
Musibah apa yang aku dengar... yang aku lihat dan yang aku terima.

REMAJA MATI DIBELASAH AYAH

Tak tertahan air mata meluncur laju.
tak tertahan mulut mendoakan yang baik-baik saja.

ABAH, SAKIT ABAH..

Ya Rabbi, tak ada belas kasihankah..bila anak merintih begitu?
Tak hinggap sikit pun ke di hati tu rasa sayu,bila anak merayu macam tu?

Anak bujang yang meningkat remaja..
yang baru nak kenal dunia.. 

yang sepatutnya sedang merempit seperti anak remaja lain zaman sekarang.. 
yang sepatutnya sedang ada handphone di tangan... 
yang sepatutnya sedang ada awek dirindu..
yang sepatutnya menyembur wangi-wangian,tak kiralah jenama apa...
yang sepatutnya ...yang sepatutnyaaa...

Ya Allah...halilintar apa yang menyambar hati ibu ini...

remaja 17 tahun, mati dibelasah ayah...
saya hanya jenguk sekejap2 ke dalam bilik...
saya ingat hafis sakit sangat sampai tertidur...

Ya Allah, bagaimana sakitnya anak lelaki itu... 
jika ditakdirkanlah dia masih hidup selepas dibelasah, 
tak ada ibu atau ayah yang temankan rasa sakit...
tak ada belaian tangan ibu meredakan nazaknya...
diakhir hayatnya, siapakah yang mengajarkannya syahadah...
kasih dan sayang apakah ini...


Anak-anak ibu yang ibu sayang...

Abang
Anchik
Nisha
Zidane

dan anak-anak lain yang ada di luar sana.

Ada anak lain yang sangat MALANG di dunia kehidupan mereka...
ada insan lain melalui cara hidup yang berbeza dengan apa yang anak2 ibu lalui dan alami...

Apa yang sangat2 ibu nak pesan...

BERSYUKURLAH anak2 ibu.
BERSYUKURLAH.

Setiap kali kita mengeluh, setiap kali itu jugalah rezeki kita menyusut...
Setiap kali kita merungut tentang kekurangan kita, setiap kali itulah rezeki akan ke tepi...
Setiap kali kita menyalahkan orang lain, setiap kali itulah rezeki menolak untuk bersama-sama dengan kita.

Ibu tahu, anak2 ibu sangat istimewa.
BERSYUKUR
 yang kita amalkan selama ini, semakin sebati dalam darah dan daging kalian.

Alhamdulillah, Terima Kasih Allah.



Wednesday 19 March 2014

Amin ya rabbal alamin..Terima Kasih Ustaz Asroff kerana DOA ini...






بسم الله الرحمن الرحيم

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Allahumma Ya Ghafur wa Ya Shakur,
Segala puji-puji bagiMu Ya Allah, Tuhan Semesta Alam Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.  Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, pembawa obor kemanusiaan yang menerangi alam.

Sesungguhnya Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Pada saat dan detik bersejarah ini, kami menghulurkan tangan pengharapan, memohon ihsan dan rahmatMu, agar Engkau anugerahkan kesejahteraan, taufiq dan hidayah, juga kesabaran, ketabahan dan kekuatan kepada Yang Diraikan Puan Nini Nafaizah bt Mokhtar yang akan dinaikkan pangkat ke Jabatan Pendidikan Selangor.  Moga di penjawatan baru nanti, beliau dapat meneruskan khidmatnya sebagai pegawai di jabatan dengan lebih efisyen dan cemerlang untuk memartabatkan dunia pendidikan.

Ya Rahman, Ya Aziz, Ya Ghaffar
Kurniakanlah kepadanya dengan ganjaran, syafaat dan keredhaan atas segala jasa dan pengorbanan yang telah beliau curahkan sepanjang bergelar guru di SK Taman Desa ini.  Kau limpahkanlah rahmat dan berkat Mu, sebagai ganjaran kepada semangat juang yang tidak pernah mengenal erti putus asa, di dalam memikul tanggungjawab sebagai pendidik, pemimpin dan ibu yang sentiasa berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran, demi kecemerlangan anak bangsa.  Mudah-mudahan segala jasa, pengorbanan dan semangat beliau menjadi pendorong untuk kami meneruskan perjuangan sebagai seorang insan pendidik.

Ya Zal Jalali Wal Ikram
Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah pertemuan ini sebagai pertemuan yang diRahmati, dan jadikanlah perpisahan ini sebagai perpisahan yang diBerkati.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.
اللهم باركلنا فيما رزقتنا وقنا عذاب النار
بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شىء في الارض ولافي السماء وهوالسميع العليم
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأَخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار.ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ.

Tuesday 18 March 2014

Kasih sayang ini kena jua saya leraikan...



Assalammualaikumwarahmatullahhiwabarahkatuh
Dan
Selamat sejahtera.


Sama2 kita doakan keselamatan penumpang2 MH370 
walau dimana pun ia berada.


Yang sangat dihormati
Tn Hj Mohammad Zaid B Ahmad, Guru Besar...sifu..juga merangkap ayahanda saya disini.


Penolong Kanan Hem,En Zulkipli Saedun
Penolong Kanan Kokurikulum, En Mat Yatim Maidin,
Lelaki2 Melayu terakhir yg terhensem yg pernah saya jumpa...


En Azmi Sham b Hj Muhammad
Selaku tetamu khas utk program Nilam sekolah... tak kurang juga tampannya...


En Zulkifli b Dato Mokmin
YDP PIBG SKTD serta ajk2 ibu bapa yg hadir....


Sahabat2 yang saya kasihi,
Guru2 yang sama2 berjuang 
meningkatkan prestasi akademik,sahsiah dan fizikal anak2 di Bandar Country Homes ini...


Seterusnya... 
Anak2 yang sangat cikgu sayangi.
Cikgu Sayang Kamu!!
Cikgu sayang kamu!


Hari ini,
hari yang akan saya tinggalkan SK Taman Desa.
Hari ini, 
hari yang akan saya serahkan segala tugas dan amanah yg 

sayapegang selama ini. 
Hari ini juga
adalah hari yg saya diberi peluang utk berada di atas pentasini...
sekian kalinya sebagai cikgu di SK Taman Desa.

Terima kasih 
kerana menrima saya seadanya,ketika saya berada di sini.
Terima kasih Ayahanda 
kerana memberikan kepercayaan sebagai seorang kakak 
dan org kedua mentadbir negeri sekolah ini..
Terima kasih pen2 kanan hem n koko,
kerana sama2 bkerjasama...
Terima kasih para sahabat guru,
kerana menerima saya seadanya...
mmberikan kerjasama yg sgt tulus dan ikhlas...
sama2 mendidik anak2 yg ada di depan kita ini...
Banyak kenangan terindah yg tersemat di akal saya... 
Tak kurang juga yg manis dan membuatkan saya terharu... 
Suka duka kala kita berhadapan dgn berbagai dugaan...


Cikgu Sharifah 
selaku setiausaha kurikulum...
byk yg saya belajar dari beliau...
bykyg beliau bantu saya.. 
Byk suka duka yg kita hadapi bersama...
kita gosipkan bersama dan kita menangis dan ketawa bersama... 
Demi pengurusan sekolah jadi cemerlang... 
Syukur saya ada beliau...

Ketua2 panitia kita 
yg sgt mahir dlm bidang subjek masing2... 
Terima kasih cikgu!

Pemimpin2 baru 
yg cemerlang mnyelaras pengurusan tahun masing2... 
Cikgu Linda Manan,Cikgu Ranjit dan Cikgu Norsiah org kuat tahun 6.

Disiplin anak2 kita yg semakin cemerlang 
dgn suara yg semua warga SKTD kenali...Cikgu Yusof...

Pusat sumber yg semakin jelita dan nyaman... 
Cikgu Syahrul Bariah tukang andam kpd perubahan itu...

Ruang tamu sekolah 
semakin cantik dgn sentuhan cikgu suriati and the gang bila ada majlis di dewan..

Buku2 program dan kertas kerja yg cantik menawan 
hasil tangan ckgu azizahdan ckgu rozila...
dan lupa juga cik farah suhaila kita yg lemah lembut gemalai..

Tandas harum mewangi...
ppda dan Cikgu Nurul Badar tukang siram pewangi cantiknya dibantu kakak2 cleaner yg baik budi...

Anak2 bersukan...
ke negeri layaknya kalau bukan cikgu karim taukey besarnya
bersama cikgu2 sukan yg lain.....
Banyak kejayaan yg kita sama2 tempuhi... 
Syukur, saya bangga berada di sini...

Jakarta bandung penyambung kasih sayang kita...
Cikgu anuar... 
Tak mungkin dpt saya lupakan percutian keluarga kita itu...

Tn hj..Ckgu ranjit, Ckgu Sharipah.. Cikgu norsiah.. Cikgu Bhalveen, 
Cikgu Syahrul, Cikgu Rozila, Cikgu Zakiah, Cikgu Noraidah, Ustazah Siti Hajar, Ustazah abidah........

Ingat lagikan... 
Kita naik vampire. honk bunyi sexi.. rumah kain.. kopi dangdut... kg daun yg romantik dgn berbagai nama kuih... tangkuban perahu..

Haihhh...sangat indah. Mana mgkin saya dpt melupakan kluarga saya 
yang ini.
Hanya dgn izinNya sahaja...
kenangan itu mngkin akan dihilangkan walaupun radar saya masih berfungsi dgn baik.

Jika ada trip lain nanti, ajak2lah saya. Sampaikan salam kasih saya kpd ahli kluarga yg sama2 mencicip kenangan di Jakarta Bandung.


Anak2 yg cikgu sayang...
Ini pesan cikgu utk awak
Belajar rajin2...
Jgn lupa solat...hormati kedua2 org tua kita.. 
Muliakan guru2 kita...
Makan makanan yg bersih dan halal...
Bersungguh2 dalam apa sahaja perbuatan yg baik pasti kamu berjaya 
dgn cemerlang.
Teruskan amalan kamu...
Makan...
Minum...
Berikan....
Sedekahkan...
Sampah. ..
Baca. ...

Cikgu sgt berbangga ada kamu!


Ini pesan ckgu lagi...
Jika kamu telah berjaya,
jgn sesekali lupa untuk bersyukur.
Jika kamu telah berjaya,
jgn sesekali kamu melupakan jasa kedua org tua kamu...
Jika kamu telah berjaya...
jgn cepat mnjadi org yg bongkak...
tidak rugi merendahkan diri...

Sbb kamu berjaya itu... kerana bantuan org lain yg ada disekeliling kamu...

Jika waktu itu kamu ada ketua,
hormatilah ketua kamu sebaik yg mungkin...
Jgn sesekali berasa lebih hebat dari mereka..
Kerana org yg hebat tidak akan mendabik dada 
di atas kekurangan org lain...

Dan jika kamu telah berjaya nnt...
sentiasalah ingat... 
Dimana bumi dipijak di situlah langit dijunjung.

Anak2 cikgu yg cikgu sayangi...
Ckgu memohon ampun dan maaf 
jika ada ilmu yg tidak sempat ckgu sampaikan...
Jika ada masa masa yg ckgu tidak penuhi utk kamu..
Jika ada bahasa ckgu yg melukakn kamu...
Jika ada perbuatan yg mnyakiti kamu...
Melainkn semua itu, 
adalah niat ckgu utk mnjadikan kamu anak yg terbaik yg ckgu ada.
Ckgu juga telah memaafkan setiap kamu..
sudah tidak ada sekelumit dosa pundari kamu kpd ckgu.
Sampaikan salam ckgu kpd ibu bapa dan penjaga kamu.
Ckgu sayang kamu.


Sebelum saya turun dari pentas ini, saya memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, dari tn hj, para sahabatguru, jawatankuasa ibubapa, abg2 & kakak2 pembersihan... pengusaha kantin dan para pekerja kantn, kaki tangan pejabat dan juga  pengawal keselamatan sekolah kita..

Mohon juga halalkan makan minum saya 
jika ada terambil terlebih atau terkurang. 
Halalkan juga segala bicara saya.

Begitu juga, tiada sebesar zarah pun yg saya simpan dalam hati,  segalanya telah saya halal dan telah saya izinkan...  Kerana saya tahu, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula adat kita bekerja. 
Kosong-kosong!


Sapa lah saya jika terjumpa...lambailah saya jika terlihat dari jauh...

Akhir kata...
Kasih sayang ini tiada penghujungnya...
Jika rindu carilah suara...
Jika mampu,kita kan bersua.


Salam sayang dari saya.
Assalammualikum dan salam sejahtera.




Wednesday 5 March 2014

Buah APPLE yang belum mampu ibu belikan...




Dengan nama Mu yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Semendung langit, berarak awan berat, semendung itulah hati ibu ini...
Janji telah ibu lafazkan, niat telah ibu lontarkan..
Usaha sudah pun Anchik laksanakan... 

Alhamdulillah, Anchik dah pun berjaya mencapai apa yang Anchik usahakan. 
Ibu bangga anak! 
Rupa-rupanya, Anchik berjaya dan mampu menggapai apa yang selama ini kelihatan kabur dalam genggaman... Anchik berjaya dapatkan 3A dengan cemerlang pada ujian 1 yang Anchik hadapi. Baru kali ini Anchik tak bawak balik "sampah", kata Babah.
Dalam hati kecik ibu, ibu sangat bangga. "sebenarnya anak2 aku memang pandai2 belaka... cuma diorang ni taknak buktikan lagi...". 
BUNGA TAK KEMBANG SERENTAK! 
Kata2 penyejuk hati dari Kak Fatimah, nanny jiran kita.

Ibu tahu...
Siang malam Anchik mengadap buku. Ada masa terluang, bukulah yang Anchik cari.. Bukulah yang Anchik uliti. Bukulah jugak meneman Anchik tidur dinihari.. Bukulah teman Anchik siang malam. Jika boleh, mandi pun Anchik nak baca buku. Ibu tahu itu. Ibu nampak itu... Usaha Anchik sangat berbaloi. Usaha Anchik memang mengejutkan ibu.
Hati kecil ibu masih kekal bangga. Alhamdulillah.

Syukur ya Allah, makbul rupanya permohonan aku yang kerdil ini. Makbul rupa2nya permintaan ku ini...

Cuma Anchik... Mendung hati ibu semakin gelap mendungnya.
Bila Anchik watsap ibu...


Ibu tanya : Inikah?? Tapi bukan apple (icon apple) kann.. atau vaio, bukan kannn...

Anchik jawab : Itu apple hhahahaha drpd beli iphone sama je harga ngan gmbr tu.. Anchik sertakan skali icon menangis air mata berjurai.
(sebenarnya, airmata ibu dah bermangkuk bersarang dihati...)

Anchik kluar icon hati terbelah dua, 5 bentuk.

Ibu nak kepastian lagi...ibu tanya lagi. 
Dalam gambar tu, brand ayam (icon ayam putih) ke?

Anchik kata, tak, dalam gambar tu brand apple (icon apple).
Anchik balas lagi...
hahahahahha ancik teringin na laptop yg ancik send gambar tu haaa
Laptop dlm gambar tu brand apple

Dengan rasa terkedu, ibu pun jawab. ooo..ok. Aduyaiii...Harga?

~ sama mcm iphone...

Iphone, baru 1.5k

~ itu ipon4

Laptop tu...mau gak 2.5k
ibu mampu ipon4 jer..

~ huhuhu (anchik kluarkan icon muka sedih)
~kumpul duit sendiri la jawabnyer. huhuhu

anchik kluarkan berbagai icon org nangis dan sedih..
~ Takperla takde rezeki (icon org sedih 5 )

Dan masa tex Anchik yang itu... 
Tangan ibu ke dahi, hati ibu merintih sayu.. Ibu bermimpi buih tak berterbangan... 
Ibu hanya mampu berdoa.
Allah bukakan seluas2nya pintu rezeki di langit, bumi dan laut untuk ibu. 
     Jika di langit, ringankanlah ia terbang ke dalam pintu rezki ibu...
     Jika di bumi, segarkanlah ia tumbuh ke dalam ruang rezki ibu...
     Jika di laut, limpahkanlah ia di segenap ruang hidup keluarga kita... 
     AMINN.
Agar ibu mampu meng-adakan apa yang Anchik teringinkan tu... 
Agar ibu boleh penuhi impian Anchik itu... Ibu bukan orang ada2.. Ibu bukan orang senang2.  

Ibu tahu, Anchik tentu akan kata ibu ni penipu. Ibu bagi anchik harapan palsu untuk dapatkan banyak A!!!
Tentu Anchik akan kata, ibu hanya pandai cakap dan janji, tapi tak pandai nak kotakan janji...

Anchik yang ibu sayang...
Masa ibu berjanji tu, ibu terdengar Anchik mahukan iPhone4... Dan disetiap bual Anchik, yang terdengar di telinga ibu... iPhone4 iphone4 iPhone4... Dan yang terlintas dibenak ibu, itulah yang ibu akan mampu belikan untuk Anchik dan tentunya Anchik akan mahukan iPhone4.

Ya ibu akui memang salah ibu... 
Sebab masa tu ibu kata, dapatkan atleast 3A, masa tu mintalah apa saja. Ibu akan belikan. Dan akhirnya, Anchik berjaya buktikan,yang Anchik ibu ini memang hebat dan cemerlang!!
Tak terjangkau difikiran ibu, apa yang Anchik mahukan tu... 

Anak, 
ibu akan tunaikan janji ibu. Tapi beri ibu masa. 
Insyaallah, ibu takkan kecewakan TERINGIN Anchik tu. Supaya Anchik terus berusaha bawak balik haruman keputusan yang membanggakan ibu dan Babah.. 
Anchik takkn bawak balik lagi "sampah"..
Hanya cepat dan lambat sahaja untuk ianya ada depan mata Anchik.
Anchik sabar ye...

Cuma pesan ibu, belajarlah anak. Jadilah cemerlang seikhlasnya. 
Ibu akan usahakan apa yang termampu, walaupun hingga ke keringat ibu yang terakhir.
Sebab ibu mahu, kalian tidak rendah ketika sama berdiri, tidak terlalu tinggi ketika sama duduk.

Ibu SAYANG anak-anak ibu.

BELAJARLAH RAJIN-RAJIN.