Wednesday, 5 March 2014

Buah APPLE yang belum mampu ibu belikan...




Dengan nama Mu yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Semendung langit, berarak awan berat, semendung itulah hati ibu ini...
Janji telah ibu lafazkan, niat telah ibu lontarkan..
Usaha sudah pun Anchik laksanakan... 

Alhamdulillah, Anchik dah pun berjaya mencapai apa yang Anchik usahakan. 
Ibu bangga anak! 
Rupa-rupanya, Anchik berjaya dan mampu menggapai apa yang selama ini kelihatan kabur dalam genggaman... Anchik berjaya dapatkan 3A dengan cemerlang pada ujian 1 yang Anchik hadapi. Baru kali ini Anchik tak bawak balik "sampah", kata Babah.
Dalam hati kecik ibu, ibu sangat bangga. "sebenarnya anak2 aku memang pandai2 belaka... cuma diorang ni taknak buktikan lagi...". 
BUNGA TAK KEMBANG SERENTAK! 
Kata2 penyejuk hati dari Kak Fatimah, nanny jiran kita.

Ibu tahu...
Siang malam Anchik mengadap buku. Ada masa terluang, bukulah yang Anchik cari.. Bukulah yang Anchik uliti. Bukulah jugak meneman Anchik tidur dinihari.. Bukulah teman Anchik siang malam. Jika boleh, mandi pun Anchik nak baca buku. Ibu tahu itu. Ibu nampak itu... Usaha Anchik sangat berbaloi. Usaha Anchik memang mengejutkan ibu.
Hati kecil ibu masih kekal bangga. Alhamdulillah.

Syukur ya Allah, makbul rupanya permohonan aku yang kerdil ini. Makbul rupa2nya permintaan ku ini...

Cuma Anchik... Mendung hati ibu semakin gelap mendungnya.
Bila Anchik watsap ibu...


Ibu tanya : Inikah?? Tapi bukan apple (icon apple) kann.. atau vaio, bukan kannn...

Anchik jawab : Itu apple hhahahaha drpd beli iphone sama je harga ngan gmbr tu.. Anchik sertakan skali icon menangis air mata berjurai.
(sebenarnya, airmata ibu dah bermangkuk bersarang dihati...)

Anchik kluar icon hati terbelah dua, 5 bentuk.

Ibu nak kepastian lagi...ibu tanya lagi. 
Dalam gambar tu, brand ayam (icon ayam putih) ke?

Anchik kata, tak, dalam gambar tu brand apple (icon apple).
Anchik balas lagi...
hahahahahha ancik teringin na laptop yg ancik send gambar tu haaa
Laptop dlm gambar tu brand apple

Dengan rasa terkedu, ibu pun jawab. ooo..ok. Aduyaiii...Harga?

~ sama mcm iphone...

Iphone, baru 1.5k

~ itu ipon4

Laptop tu...mau gak 2.5k
ibu mampu ipon4 jer..

~ huhuhu (anchik kluarkan icon muka sedih)
~kumpul duit sendiri la jawabnyer. huhuhu

anchik kluarkan berbagai icon org nangis dan sedih..
~ Takperla takde rezeki (icon org sedih 5 )

Dan masa tex Anchik yang itu... 
Tangan ibu ke dahi, hati ibu merintih sayu.. Ibu bermimpi buih tak berterbangan... 
Ibu hanya mampu berdoa.
Allah bukakan seluas2nya pintu rezeki di langit, bumi dan laut untuk ibu. 
     Jika di langit, ringankanlah ia terbang ke dalam pintu rezki ibu...
     Jika di bumi, segarkanlah ia tumbuh ke dalam ruang rezki ibu...
     Jika di laut, limpahkanlah ia di segenap ruang hidup keluarga kita... 
     AMINN.
Agar ibu mampu meng-adakan apa yang Anchik teringinkan tu... 
Agar ibu boleh penuhi impian Anchik itu... Ibu bukan orang ada2.. Ibu bukan orang senang2.  

Ibu tahu, Anchik tentu akan kata ibu ni penipu. Ibu bagi anchik harapan palsu untuk dapatkan banyak A!!!
Tentu Anchik akan kata, ibu hanya pandai cakap dan janji, tapi tak pandai nak kotakan janji...

Anchik yang ibu sayang...
Masa ibu berjanji tu, ibu terdengar Anchik mahukan iPhone4... Dan disetiap bual Anchik, yang terdengar di telinga ibu... iPhone4 iphone4 iPhone4... Dan yang terlintas dibenak ibu, itulah yang ibu akan mampu belikan untuk Anchik dan tentunya Anchik akan mahukan iPhone4.

Ya ibu akui memang salah ibu... 
Sebab masa tu ibu kata, dapatkan atleast 3A, masa tu mintalah apa saja. Ibu akan belikan. Dan akhirnya, Anchik berjaya buktikan,yang Anchik ibu ini memang hebat dan cemerlang!!
Tak terjangkau difikiran ibu, apa yang Anchik mahukan tu... 

Anak, 
ibu akan tunaikan janji ibu. Tapi beri ibu masa. 
Insyaallah, ibu takkan kecewakan TERINGIN Anchik tu. Supaya Anchik terus berusaha bawak balik haruman keputusan yang membanggakan ibu dan Babah.. 
Anchik takkn bawak balik lagi "sampah"..
Hanya cepat dan lambat sahaja untuk ianya ada depan mata Anchik.
Anchik sabar ye...

Cuma pesan ibu, belajarlah anak. Jadilah cemerlang seikhlasnya. 
Ibu akan usahakan apa yang termampu, walaupun hingga ke keringat ibu yang terakhir.
Sebab ibu mahu, kalian tidak rendah ketika sama berdiri, tidak terlalu tinggi ketika sama duduk.

Ibu SAYANG anak-anak ibu.

BELAJARLAH RAJIN-RAJIN.