Monday 23 May 2011

MATA ANCHIK...


 YA ALLAH... Bagilah aku kekuatan menerima berita ini..

ANCHIK... kuatkah hati dan semangat ibu, bila nnti ibu menunggu Anchik di bilik bedah itu...

Anchik...mampukah ibu menahan airmata ini, membayangkan bagaimana MATA Anchik dilapah dan dimacam2kan... Macam yang ibu pernah tertengok kat tv tu??

Anchik...betul2 boleh baikkah mata anak ibu ini, bila selesai pembedahan tu nanti?

Masih bolehkah Anchik nmpak ibu ,bila mata kiri Anchik ditutup nanti??

Boleh lagi ker Anchik carikan manik2 kecik ibu yg selalu berterabur, bila ibu buat bunga?? Masih boleh ker nnti Anchik temankan ibu sampai lewat malam, sambil Anchik alter blog dan Fb ibu??

Anchik, gugur airmata ibu, bila Babah bagitau, "doktor cadangkan, sekarang adalah masa yg sesuai utk buat pembedahan ke atas Zaim..."... Dan ibu tanya babah, tak boleh ke kalau tak buat??
Babah jawab ringkas... - untuk masa depan dia...


Mampukah ibu lagi... Menghadapi saat2 seperti Anchik kena dulu??? Ya Allah...bagilah aku kekuatan MU ya Allah... sedikit.

Anchik, masa tu Anchik baru 3 tahun...sekarang Anchik dah 13 tahun..10 tahun yg lepas benda ni jadi...
Ibu baru balik dari terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2000, Babah temankan ibu masa tu.. Dah siap mandi dan kita makan tengahari sama2 masa tu..ibu suapkan abang dan anchik.. NIsha kecik lagi..
Dah siap semuanya, ibu bagi Anchik & Abang main kat depan rumah wan. Masa tu, Abang n Anchik ada basikal masing2...dan ibu buat kerja ibu sambil tengok2, intai2 awak berdua main basikal... Terngiang2 lagi kat telinga ibu, yg awak bergurau menjerit2 ketawa dan sambil lumba2 basikal... Main macam biasa...

Tiba2 ibu nmpak Anchik masuk rumah, terus masuk bilik... Ibu ikut Anchik masa tu, Anchik tekup muka Anchik kat bantal.. Ibu pegang Ancik, peluk Anchik sambil tanya Anchik kenapa... Tapi Anchik diam jer.. Anchik tak cakap apa2, Anchik tak nangis pon...Melainkan, Anchik tak bagi ibu tengok muka Anchik!! Ibu jerit kat babah, sebab ibu dah rasa tak sedap hati... Yg datang berlari pada ibu masa tu..ABANG! Abang bagitau ibu apa yg dah jadi... Abang yang ceritakan pada ibu satu-satu...

"Anchik nak ambik gunting pokok bunga yang Wan gantung kat pagar tu..tapi tak dapat. Anchik panjat basikal, Anchik panjat pagar, pastu Anchik capai2 gunting tu dengan tangan Anchik...Tak dapat jugak..Ntah macamaner,tangan Anchik terjolok gunting tu, terus jatuh atas mata Anchik..."

Ya Allahhhhhh!!! Abang tipu ibuuuuuu!!! Ibu tak percaya!! Ibu goncang badan Anchik masa tu..tanya Anchik sendiri..ibu jerit kuat2, supaya Anchik bgtau ibu... Anchik cuma tunjukkan mata Anchik... Hati ibu hancur,anak.. Mata anak ibuuuu...mata anak ibuuuu... Babah sempat ambik tourchlight, suloh mata Anchik... Babah hentak lantai dengan tapak tangan Babah...tanda mata anak ibu sedang LUKA...
Ibu dukung Anchik, bawak Anchik masuk kereta, terus ke klinik Keluarga Bkt Rahman Putra. Masa tu Doktor Malik yg bertugas..ibu takkan lupakan jasa Doktor Malik... "Tidak boleh lebih dari 15 minit, mesti sampai Hospital cepat2"...kalau tidak, anak kamu akan buta sampai bila2... Ya Allahhhh,.. masa tu, dunia ni ibu nmpak sangat kecik dan sempit... Apa doa yg patut ibu baca masa tu,melainkan...SELAMATKAN ANAK NINI!! YA ALLAH, SELAMATKAN ANAK AKU, YA ALLAH..
Babah bawak kereta, hanya Tuhan sahaja yg tahu lajunya. Double signal tak berhenti langsung dinyalakan... Allah permudahkan jalan kita masa tu... Sampai jugak kita ke Hospital Selayang tepat pada masanya...
Alhamdulillah... Cuma, mulut ibu tak berhenti berdoa, SELAMATKAN ANAK AKU...SELAMATKAN MATA ANAK AKU...YA ALLAH...

Anchik, masa Anchik dibawak ke bilik pembedahan, kaki ibu terasa lumpuh, anak.. Babah yang terpaksa temankan Anchik...Tengok macamaner Anchik dibius, sampai Anchik lena..baru babah tggu Anchik kat luar.. Abang pulak, temankan ibu...pegang tangan ibu, sambil kuatkan semangat ibu.. Terima kasih Abang, walaupon abang masa tu baru 4 tahun, tapi Abang sanagt cerdik...
Sehinggalah Anchik dibawa keluar dari bilik pembedahan, barulah ibu terasa ibu masih bernyawa... Tapiii,sayunya hati ibu. Bila ibu nmpak mata kanan Anchik bertutup dengan kapas putih... Masa tu, Anchik masih lena lagi... Hanya Allah sajer yg tahu sedih ibu masa tu... Berminggu2 ibu menangis... Memikirkan masa depan anak ibu, yg dari awal bercita2 nak jadi angkasawan...

DAN...hari ini, cadangan doktor itu menggegarkan hati dan semangat ibu... Ya Allah, berilah kekuatan itu... Biar pun SEDIKIT..

Ibu tahu, Anchik anak ibu yang kuat semangat... Yang tak pernah putus asa.. Anak ibu yang rajin.. ALLAH akan hilangkan kesakitan, macamaner Anchik selalu buat untuk jaga Atok. Ibu akan doakan selalu untuk Anchik.. ANCHIK mesti lagi kuat dari ibu, ye!!

Cuma... Ibu harap, ibu boleh sekuat Anchik!