ALHAMDULILLAH...
Doktor kata...
KITA BERI MASA LAGI UNTUK ZAIM, KITA TUNGGU SAMPAI TAHUN DEPAN...
Legaaa...
Doktor kata, mata kiri Anchik agak juling... Jadi, kalau buat operation nak masukkan lense sekarang, dikhuatiri, akan kena buat lagi sekali pembedahan..Adalah lebih baik jika kita beri dia peluang baiki juling itu..
Caranya ialah dengan :
Kita syorkan 'contact lense' yg lebih baik dan sesuai utk kesihatan mata Zaim.. Contact lense pakai buang. Tiga bulan sekali, tukar..
Fuhhhh...tak kesahlah!
Janji Anchik tak sakit banyak kali.. Janji Anchik boleh jalani hidup sama macam org lain... macam anak2 lain..
RM200 utk SATU mata Anchik...!! Tak kesahlah... Duit boleh cari.. ANCHIK ibu??
Bilik ni, dah kenal Anchik sejak sepuluh tahun dulu lagi...
Kerusi, lampu dan meja2 kat sini, semua dah kenal Anchik.
Apa jenis teropong mata yg ada kat sini... Semua Anchik dah gunakan... Silap hari bulan, doktor2 mata pelatih pun, belom penah sentuh teropong2 ni... Hehehehe...
Anchik dah biasa dah... Dari duduk atas kerusi berlutut, sampailah duduk yg biasa mcm ni...
Ini pulak,dalam kotak besar berbaldu merah ... antara cermin2 yg berbagai rupa dan saiz..ketebalan jugak! Semuanya Anchik dah try!! Macam Inspektor Gadjet pun ada...
KERUSI AJAIB ANCHIK
Kerusi Ajaib ni, boleh bawak Anchik terbang ke dunia kaburrr...ke dunia jelas... Gelap dan terang...
Masa Anchik kecik2 dulu, kerusi ni akan ditinggikan ikut kesesuaian Anchik masa tu.. Sekarang tak lagi. Sbb Anchik dah tinggi besar panjang... Tak payah adjust lagi... Dan Anchik dah tau bila kena duduk atas kerusi ni...
SINKI ni!
Kat sinilah kami suami isteri dan Anchik kursus cara2 mencuci contact lense..
Sejak Anchik berumur 5 tahun lagi..
Sinki ni pun dah kenal kami anak beranak!
KEPADA nenek2 Anchik, makcik2 Anchik.. dan kawan2 Anchik.. Jgn risau ek..Anchik akan menjalani pembedahan tahun depan. Mungkin selepas Anchik menduduki PMR... InsyaAllah.
Dan kalau nampak Anchik tak gunakan cermin mata dan contact lense, tegur2lah dia. Tandanya kita sayang Anchik!!
Terima kasih jugak kepada kawan2, saudara mara dan anak2 murid yg memberikan kata2 semangat, ketika kami menghadapi kesukaran tempoh hari.. Hanya Allah yang dapat membalas segala kebaikan kalian semua.
Terima kasih.