Sunday, 24 April 2011


NISHA NAURA
anak dara ibu!

Atok panggil Inang Suri...
terus melekat dengan gelaran Inang kat rumah.
TERIMA KASIH Nang!
Nang suapkan Atok makan & minum.. Nang buatkan air bila kwn2 ibu datang. Nang dah pandai menghidang. Ibu bangga ada anak dara mcm Nang!! 
Ibu SAYANG Kak Nang!! 
Nang dah pandai kemas bilik sendiri seawal 9tahun lagi.. Nang dah boleh buat banyak kerja ibu. Jangan malu buat kerja2 rumah yg org perempuan slalu buat, anak.. Zaman sekarang masih perlukan perempuan yg tahu buat semua kerja rumah. Biarlah tangan kita kasar bila bersalam, itu tandanya ANAK IBU SEORANG YG RAJIN!!
Sayangggggg Nang!


AHMAD ZUHAIR ZHAFRAN

Anak sulong ibu! Mickey Mouse pemberian Atok & Ummie masa hari jadi yg pertama, digentel sampai hilang baldunya... Sekarang masih dalam simpanan abang.. Ibu yg tolong simpankan..
Masa kecik, paling pembersih berbanding adik2 yg lg 3 orang ni.. Ibu SAYANG abang! Abanglah buah hati pertama ibu..buah hati yg selalu ibu nak cepat besar! Buah hati yg akan selalu backing ibu bila berhadapan dengan cabaran dan dugaan. Buah hati ibu yg ibu harapkan utk jaga & didik adik2.. Buah hati ibu yg akan banggakan ibu n babah dunia dan akhirat.
Abang pernah bersama Kelab PKNS diusia yg sgt muda.Bola sepak mmg dunia abang.Ibu tahu tu! Yg paling membanggakan ibu, bila abang terpilih sebagai PENJAGA GOL PKNS B9 TAHUN masa tu!! Berhari2 ibu bercerita dgn babah, dan pernah jugak tercerita pada kawan2 ibu.
Abang, tanpa usaha dan kesungguhan, kita takkan dapat apa yg kita hendak. Melainkan segalanya berubah bila ALLAH yg mengubahnya. Abang ingatlah pesan ibu sampai bila2!
IBU SAYANG ABANG, SANGAT SAYANG!!