Sunday, 3 July 2011

MATA ANCHIK ibu lagi...



ALHAMDULILLAH...
Doktor kata...
KITA BERI MASA LAGI UNTUK ZAIM, KITA TUNGGU SAMPAI TAHUN DEPAN...

Legaaa...
Doktor kata, mata kiri Anchik agak juling... Jadi, kalau buat operation nak masukkan lense sekarang, dikhuatiri, akan kena buat lagi sekali pembedahan..Adalah lebih baik jika kita beri dia peluang baiki juling itu.. 
Caranya ialah dengan :
Kita syorkan 'contact lense' yg lebih baik dan sesuai utk kesihatan mata Zaim.. Contact lense pakai buang. Tiga bulan sekali, tukar.. 

Fuhhhh...tak kesahlah!
Janji Anchik tak sakit banyak kali.. Janji Anchik boleh jalani hidup sama macam org lain... macam anak2 lain..
RM200 utk SATU mata Anchik...!! Tak kesahlah... Duit boleh cari.. ANCHIK ibu??




Bilik ni, dah kenal Anchik sejak sepuluh tahun dulu lagi... 
Kerusi, lampu dan meja2 kat sini, semua dah kenal Anchik.


Apa jenis teropong mata yg ada kat sini... Semua Anchik dah gunakan... Silap hari bulan, doktor2 mata pelatih pun, belom penah sentuh teropong2 ni... Hehehehe...
Anchik dah biasa dah... Dari duduk atas kerusi berlutut, sampailah duduk yg biasa mcm ni... 



Ini pulak,dalam kotak besar berbaldu merah ... antara cermin2 yg berbagai rupa dan saiz..ketebalan jugak! Semuanya Anchik dah try!! Macam Inspektor Gadjet pun ada...



KERUSI AJAIB ANCHIK
Kerusi Ajaib ni, boleh bawak Anchik terbang ke dunia kaburrr...ke dunia jelas... Gelap dan terang... 
Masa Anchik kecik2 dulu, kerusi ni akan ditinggikan ikut kesesuaian Anchik masa tu.. Sekarang tak lagi. Sbb Anchik dah tinggi besar panjang... Tak payah adjust lagi... Dan Anchik dah tau bila kena duduk atas kerusi ni...


SINKI ni!
Kat sinilah kami suami isteri dan Anchik kursus cara2 mencuci contact lense.. 
Sejak Anchik berumur 5 tahun lagi..
Sinki ni pun dah kenal kami anak beranak!




KEPADA nenek2 Anchik, makcik2 Anchik.. dan kawan2 Anchik.. Jgn risau ek..Anchik akan menjalani pembedahan tahun depan. Mungkin selepas Anchik menduduki PMR... InsyaAllah.
Dan kalau nampak Anchik tak gunakan cermin mata dan contact lense, tegur2lah dia. Tandanya kita sayang Anchik!!

Terima kasih jugak kepada kawan2, saudara mara dan anak2 murid yg memberikan kata2 semangat, ketika kami menghadapi kesukaran tempoh hari.. Hanya Allah yang dapat membalas segala kebaikan kalian semua. 

Terima kasih.















Wednesday, 29 June 2011

ERTI persahabatan



Daripada Abu Hurairah ra Nabi SAW bersabda, maksudnya :
KAMU MENDAPATI ANTARA MANUSIA YANG TERJAHAT ADALAH YANG "BERMUKA DUA". IA MENDATANGI KELOMPOK INI DENGAN SATU WAJAH DAN MENDATANGI KELOMPOK YANG LAIN DENGAN WAJAH YANG LAIN.
- Riwayat al Bukhari & Muslim


25 tahun menyulam kasih...




ROSSIAH SANIF 1982
kawan yang mula aku kenal sebelum Hawa. Kami sama2 sekolah di SM Shah Alam Sec 2. Sama2 naik bas pakcik pegi sekolah. Rossiah ada taik lalat kat muka.. Wajah ayu ala2 amoy! Bercermin mata..sbb tu mata dia sepet sikit..Mcm Awa jugak, sepet sikit. Bila dua2 org ni gelak, kompom tak bukak mata!! hahahahaha
 Rossiah jugaklah yang bagitau, ada sekolah berasrama di Kelang yang boleh mohon kalau nak tinggal asrama.
Terima Kasih Rose, bagitau saya pasal sekolah tu... STAR Kelang!!

Aku masuk sekolah tu dulu sebelom Rossiah.. Aku masuk asrama dengan adik. Tahun 1983, pertengahan tahun masa aku tingkatan 2...
Adat tinggal asrama, kompom kena ragging... Sendu  n nangishhh masa tu.. Aku dan adek, asik pikir nak balik jer.. hehehehehe...
Paling ngeri, senja jer..bunyi gagak bising! Mula2 kat asrama, aku langsung tak boleh tido... BISING!!
Rossiah pernah kena air panas, masa kami sama2 nak makan2 kat dalam dorm. Aku sama2 hantar Rossiah pegi klinik.. Betul ke fakta ni Rose?? hehehehe...saya tambah aji skit!! hahahhaha
Kesian Rossiah masa ni, habis kulit dia melecur... Tapi sempat jugak jadik bahan.. Sori Rose, sajer nak gurau2 manja masa tu... hahahahahaha...ALIEN dorm Iqlima!!!



Aku kenal pulak dengan NORHAWA OTHMAN 1983. 
Kami tinggal sama dorm... Masa tu, Rossiah belom masuk asrama lagi.. Tapi, Awa kelas lain... Awa budak Sabak Bernam. Org Sungai Besar, Sg Panjang.. Aku pernah pergi rumah Awa. Besttt!!! Tepi sawah, banyak pokok mangga. Pastu, ada parit tempat aku ngan Awa tangguk ikan sepat. Bila angkat jer tangguk tu, melompat2 ikan sepat kecik dan besar kat dalam tangguk tu.. Aku jerit2 suka.. Awa dan makcik(arwah) gelak jer tengok perangai aku mcm berok makyeh!! hahahahaha... Mak Awa pandai buat kueh pau! Sedappp!! Pau mcm pipi Awa! hehehehe..aku tukang habiskan pau2 makcik!!
Tu belom lagi kami merempit naik motor pakcik.. Jalan2 keliling kampung... Jalan raya yg panjanggggg...sayup2 mata memandang.. Kiri kanan jalan ada sungai, org sana kata "parit".. Senja baru balik rumah.. Kenangan yg tak boleh dilupakan!! Kan Hawa kannn....



Tak lama lepas tu, barulah Rossiah pulak masuk asrama... Maka.. apalagi!!!
Bermulalah era kami bertiga!!


Dalam persahabatan kami selama ini...
Tak ada di antara kami yang tikam belakang! Melainkan tikam dari depan.. Depan2! Senang cerita, kami sakat menyakat & kutuk mengutuk jer.. Pastu, habis2 kat situ jugak..

Bukan kami tak pernah gaduh, ada! Sampai nangis2 pun! Tapi, tak sampai sehari, kami baik balik.

Kami gaduh bukan sebab apa...sebab tarik2 kain masa mandi... rebut2 bantal bila nak tido.. 
Pasal rebut2 bopren, SORI ek!! Kami students yang ENJOYYYYYY!!!
Selalu kena kutuk lagi ada, dengan budak2 asrama putera yg ngok ngek!!
Psssttt...sebenarnya diorang syok ngan kitorang, tapi kami tak layan...sebab tu diorang bengang!! Apalagi, diorang kutuk kaw2 punyer!!! hahahahahahaha...


Dan, dalam persahabatan KAMI,
 kami tak HIPOKRIT!!
Cakap dengan Hawa lain, cakap dengan Rossiah lain.. SORIII!!! di kalangan kami, takder seorang pun macam tu!!
Kami pun tak melaga2kan antara satu sama lain... Belum ada lagi ayat di antara kami yg bunyiknya macam ni...
"...kalau saya bagitau awak cerita ni, jgn bagitau Awa tau.."
atau pun...
"...awak tauuuu... Rose buat benda2 tu,tapi dia taknak awak tau..Tapi, bila saya bagitau citer ni, jgn bagitau kat dia pulak..."
BELUM PERNAH!!! sebab tu kami berSAHABAT  hinggalah ke hari ini...

KAMI sama2 susah!
Kalau sorang buat hal, tiga2 akan sama2 berhadapan dengan hukuman.


Kalau sorang kena denda, kami backing sama2.. Tak pernah lagi, di antara kami, BALING BATU SEMBUNYI TANGAN..dan hanya salah seorang kami yang kena cemuh.. TAK ADA!!!
DAN, di antara kami belum ada lagi yang melepaskan diri masing2 kalau kena denda atau apa sahaja!!


ITULAH NAMANYA sahabat!!
DUNIA AKHIRAT!! - bukan sekadar cakap dan jadi plastik!!
Lu silap arrrr... "dunia akhirat" jadi tagline tapi tak boleh jadik macam kami!!!
DAN kami tidak pernah MENG-ADU DOMBA antara satu sama lain!!
SORI!!


KAMI berkawan bukan sebab untuk cari "prestij"..
Bukan sebab nak nama atau pengaruh... KAMI berkawan ikhlas dan nak sama2 menikmati hidup sebagai pelajar dan berKAWAN!!..
Kami berkawan bukan masa susah jer... Masa senang jugak! Sama2 makan maggie n air sejuk.. Tak pernah jadi hal..

Hari ini, kami masih seperti dulu.
INSYAALLAH, biarlah persahabatan ini kekal hingga akhir hayat.
Jangan ada di antara kita yang berlakon dan tidak ikhlas.
Berterus terang dan jujur, kita teruskan tradisi tu..


ROSE & HAWA... jangan ada sengketa antara kita ek...








 KITA hari ini... esok, dan sampai bila2!!


TERIMA KASIH ROSE...
TERIMA KASIH HAWA...
kita menjadi SAHABAT sampai sekarang..

Untuk renungan anak2 ibu,
anak2 murid cikgu...

BILA berkawan...
biarlah ikhlas, jgn ada niat yang tersembunyi...
jangan sekali2 meng-adu domba sesama sendiri...
jgn pentingkan diri sendiri...
bila kawan susah, kita sama2 bantu atasi kesusahan kawan...
kalau kawan bantu kita, jgn lupa jasa kawan...
jangan suka berpura2...
cakap depan lain, cakap belakang lain...
kalau kawan tersalah langkah,tegur dengan cara yang baik, jgn tambah lagi dgn cerita yg menambah sedap!

DAN yang paling sakit IBU pernah rasa masa berkawan...
TIKAM ibu dari belakang!!
Bayangkan :
sebilah pisau yg berkilat tajamnya, rodok belakang ibu, tarik ke urat belikat sekuat hati, kemudian tarik dan sentap selaju2nya!!
ITULAH ERTI PERSAHABATAN YG PERNAH dan baru IBU LALUI!!
Dan pengalaman itu, buatkan ibu takut mempunyai dan ADA kawan baik!!

CARILAH KAWAN YANG TIDAK PANDAI BERMUKA2.
KERANA YANG BERMUKA2 ITULAH SEJAHAT2 MANUSIA!!

Selamat Hari Persahabatan buat kawan2 sepersekolahan ku!!

STAR dalam kenangan dan penuh kasih sayang!!














Tuesday, 21 June 2011




Ke dalamlah engkau wahai airmata...



LELAKI TUA yang terbaring ini..
MESTI mahu iringkan anaknya masuk ke dewan utama!! 
MESTI mahu melihat sendiri anaknya menerima segulung ijazah yang hanya sekeping kertas ringan bertinta emas..
MESTI mahu merasakan rasa suramnya dewan itu, dgn iringan gamelan yang harmoni...
Dan SEMESTINYA lelaki tua yang terbaring ini mendabik dada... 
ANAK AKU TERIMA IJAZAH!! ANAK AKU PANDAI!!


Tapi ABAK...
ABAK dah tak mampu lagi lakukan semua tu bila tiba masa giliran akak pulak terima ijazah... 
ABAK dah tak larat lagi mengira anak2 tangga, utk sampai ke tempat duduk yang bertanda nama ABAK...
ABAK hanya mampu ucapkan pada akak pagi tu...
TAHNIAH KAKAK.. ITULAH DOA ABAK UNTUK KAKAK SETIAP HARI... 
SELALU ABAK DOAKAN...
 SEMOGA ENGKAU BERJAYA. SAMA MACAM ORANG LAIN YANG BERJAYA.
dengan suara ABAK yang ke dalam antara dengar tak dengar..
Akak tau, ada getaran dari dalam hati ABAK, nak iringkan anak ABAK ini ke dewan besar itu...

Pagi itu, sebelum melangkah keluar rumah... aku sempat menyalami tangan kering lelaki tua yang pernah menjadi 'Encyclopedia bergerak'  aku itu. 
Mampukah aku menyeka airmata ... Mampukah aku sembunyikan rasa itu... 
Rasa yang tak mampu aku luahkan... 
Mampukah aku sorokkan rasa antara gembira, bangga dan kecewa, 
dari suami dan anak2 aku?
Pada 'hari besar' aku??

HATI AKU...
 ~ bangunlah ABAK! bangunlah ABAKKK... ABAKKK...bangunlahh...
akak mohonn.. akak jadi tongkat ABAK ke sana... Akak dukung ABAK... Supaya ABAK boleh
temankan KAKAK masuk ke dewan besar itu... sebagai orang tua akak...
 tiada siapa yang sudi melainkan ABAK... 
bangunlah ABAK.... ABAKkkk, bangunlahhh...
Iringkanlah akak masuk ke ruang utama itu, yang akan dipandang oleh semua graduan,
 para doktor dan para ahli falsafah... 
Dan yang pasti, ABAK sendiri yang akan memandang KAKAK di atas pentas sana ..bertopi 4 segi ..berjubah labuh dan geloboh...melangkah penuh semangat...
AKAK tau!!
 ABAKlah orang yang paling bangga masa tu, ABAK lah yang akan menepuk tangan yang paling kuat masa tu... Kalau boleh, ABAK nak berdiri sambil tepuk tangan pandang akak...
 bila nama anak ini ABAK diumumkan...
NINI NAFAIZAH BINTI MOKHTAR, LULUS DENGAN KEPUJIAN...
Betulkan, BAK?

Biarlah... tak apa-apa...
ke dalamlah engkau wahai airmata...
supaya engkau terus menjadi baja 
supaya engkau terus menjadi ubat.
Sebab ABAK mengiringkan akak dengan DOA nya..



ANAK-ANAK PENGIRING SETIA...








LELAKI INI...
lelaki ini kuatkan semangat akak ... 
Tanpa orang tua yang bergelar ABAK mengiringi 'pengantin' ke pelamin nanti...


Zam gantikan jambangan bunga mengubat rasa di hati akak... 
Terima kasih, abang!






ADEK...

ADEK, terima kasih ADEK wakil 'ini' temankan akak... 
Akak sentiasa rasakan ADEK temankan akak kat dalam dewan sana... DAn akak dapat rasakan hangatnya pipi ADEK bila cium ucapkan TAHNIAH untuk akak... TERIMA KASIH ADEK! Terima kasih "temankan" akak!




TERIMA KASIH ANAK-ANAK IBU!!
TERIMA KASIH BABAH!!
TERIMA KASIH temankan ibu....
Anak2 akak yang temankan..
ABAK jangan risau ye...





TERIMA KASIH ANAK2 IBU!!! Bantu ibu pakai jubah & topi!!
ATOK mesti suka...











SIAPA akak tanpa LELAKI INI...



"ABANG, kekuatan itu datang dari ABANG... Kekuatan itu, ABAK wakilkan pada ABANG..."
TERIMA KASIH merawat hati dan minda nini... Hutang ini, nini bawak hingga ke mati.




MASAnya dah sampai...



ABAK, di depan dan di atas inilah nama anak ABAK disebut...
Di atas inilah, anak ABAK ini dipandang oleh semuanya yang ada...
Akak tercari-cari, 
kalau-kalau tiba2 ABAK ada kat bawah sana...
 kalau2 ABAK sajer nak buat kejutan untuk akak...
Akak ternampak-nampak ABAK..
Sambil angguk2 pandang pada akak... 
Sambil ABAK senyum bangga pandang akak... 
Sambil ABAK tunjuk2 kat akak, 
sambil bercerita dengan pakcik dan makcik yang duduk kat sebelah ABAK... 
MESTI ABAK kata...Itu anak sulong saya. Dia cikgu... Anak saya dah dapat ijazah..
anak saya itu..anak saya ini... Sedangkan, anak makcik pakcik tu pun dapat ijazah...
Betulkan ABAK? 








Lampu ini sebagai saksi, mencerah dan menyuramkan pandangan... 
Mencari seorang tua yang bergelar ABAK atau EMAK.. 
memandang ke arah akak sambil tersenyum...
Tapi akak tahu... ABAK sedang terbaring mencari masa...
manakala EMAK sedang kehilangan masa...




TERIMA KASIH anak2 ibu... 
Sempat mengintai ibu menerima tanda dihargai.
Sentiasa menemankan ibu...kala ibu sedang rindu ..
kala ibu sedang sendu...
Sentiasa setia mengiringi ibu ...





ABAK...
dulu ABAK selalu kata ...
Tukarlah kereta... ni kereta zaman Tunku Abdul Rahman...

Dan hari ini... akak sempat...
bergambar dengan pemimpin2 yang selalu ABAK sebut.. 
DAN yang suka ABAK ceritakan sejarah2 mereka...


DatoOnn Jaafar



                                     Tunku Abdul Rahman                                                        Tun Abdul Razak




           Tun Hussein Onn                                          Tun Mahathir



                 Tun Abdullah                                        Dato Seri Najib





HARTA AKAK!  DARAH AKAK!! TAWA AKAK!!
~ darah & daging ABAK ~







PERJALANAN INI...

belum berakhir... Masih banyak yang berliku, yang perlu akak hadapi...
akak mohon lagi...
TEMANKAN akak, ABAK! TEMANKAN akak... 
Jangan tinggalkan akak... Kakak belum bersedia tanpa ABAK.
Biar pun ABAK terbaring lemah, tapi ABAKlah kekuatan akak...
Suara ABAK nyanyian rindu akak...
 Degil ABAK, mengalir ke dalam darah akak... 
Itu yang buatkan akak dapat naik ke atas pentas besar itu!!
Sama macam degil ABAK!

TERIMA KASIH ABAK!!
TERIMA KASIH ABANG!!
TERIMA KASIH ANAK-ANAK IBU!!
~ ahmad zuhair zhafran
~ ahmad zaim zariff
~ nisha naura
~ ahmad zhafrin zidane




TERIMA KASIH NINI!