Monday, 23 May 2011

MATA ANCHIK...


 YA ALLAH... Bagilah aku kekuatan menerima berita ini..

ANCHIK... kuatkah hati dan semangat ibu, bila nnti ibu menunggu Anchik di bilik bedah itu...

Anchik...mampukah ibu menahan airmata ini, membayangkan bagaimana MATA Anchik dilapah dan dimacam2kan... Macam yang ibu pernah tertengok kat tv tu??

Anchik...betul2 boleh baikkah mata anak ibu ini, bila selesai pembedahan tu nanti?

Masih bolehkah Anchik nmpak ibu ,bila mata kiri Anchik ditutup nanti??

Boleh lagi ker Anchik carikan manik2 kecik ibu yg selalu berterabur, bila ibu buat bunga?? Masih boleh ker nnti Anchik temankan ibu sampai lewat malam, sambil Anchik alter blog dan Fb ibu??

Anchik, gugur airmata ibu, bila Babah bagitau, "doktor cadangkan, sekarang adalah masa yg sesuai utk buat pembedahan ke atas Zaim..."... Dan ibu tanya babah, tak boleh ke kalau tak buat??
Babah jawab ringkas... - untuk masa depan dia...


Mampukah ibu lagi... Menghadapi saat2 seperti Anchik kena dulu??? Ya Allah...bagilah aku kekuatan MU ya Allah... sedikit.

Anchik, masa tu Anchik baru 3 tahun...sekarang Anchik dah 13 tahun..10 tahun yg lepas benda ni jadi...
Ibu baru balik dari terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2000, Babah temankan ibu masa tu.. Dah siap mandi dan kita makan tengahari sama2 masa tu..ibu suapkan abang dan anchik.. NIsha kecik lagi..
Dah siap semuanya, ibu bagi Anchik & Abang main kat depan rumah wan. Masa tu, Abang n Anchik ada basikal masing2...dan ibu buat kerja ibu sambil tengok2, intai2 awak berdua main basikal... Terngiang2 lagi kat telinga ibu, yg awak bergurau menjerit2 ketawa dan sambil lumba2 basikal... Main macam biasa...

Tiba2 ibu nmpak Anchik masuk rumah, terus masuk bilik... Ibu ikut Anchik masa tu, Anchik tekup muka Anchik kat bantal.. Ibu pegang Ancik, peluk Anchik sambil tanya Anchik kenapa... Tapi Anchik diam jer.. Anchik tak cakap apa2, Anchik tak nangis pon...Melainkan, Anchik tak bagi ibu tengok muka Anchik!! Ibu jerit kat babah, sebab ibu dah rasa tak sedap hati... Yg datang berlari pada ibu masa tu..ABANG! Abang bagitau ibu apa yg dah jadi... Abang yang ceritakan pada ibu satu-satu...

"Anchik nak ambik gunting pokok bunga yang Wan gantung kat pagar tu..tapi tak dapat. Anchik panjat basikal, Anchik panjat pagar, pastu Anchik capai2 gunting tu dengan tangan Anchik...Tak dapat jugak..Ntah macamaner,tangan Anchik terjolok gunting tu, terus jatuh atas mata Anchik..."

Ya Allahhhhhh!!! Abang tipu ibuuuuuu!!! Ibu tak percaya!! Ibu goncang badan Anchik masa tu..tanya Anchik sendiri..ibu jerit kuat2, supaya Anchik bgtau ibu... Anchik cuma tunjukkan mata Anchik... Hati ibu hancur,anak.. Mata anak ibuuuu...mata anak ibuuuu... Babah sempat ambik tourchlight, suloh mata Anchik... Babah hentak lantai dengan tapak tangan Babah...tanda mata anak ibu sedang LUKA...
Ibu dukung Anchik, bawak Anchik masuk kereta, terus ke klinik Keluarga Bkt Rahman Putra. Masa tu Doktor Malik yg bertugas..ibu takkan lupakan jasa Doktor Malik... "Tidak boleh lebih dari 15 minit, mesti sampai Hospital cepat2"...kalau tidak, anak kamu akan buta sampai bila2... Ya Allahhhh,.. masa tu, dunia ni ibu nmpak sangat kecik dan sempit... Apa doa yg patut ibu baca masa tu,melainkan...SELAMATKAN ANAK NINI!! YA ALLAH, SELAMATKAN ANAK AKU, YA ALLAH..
Babah bawak kereta, hanya Tuhan sahaja yg tahu lajunya. Double signal tak berhenti langsung dinyalakan... Allah permudahkan jalan kita masa tu... Sampai jugak kita ke Hospital Selayang tepat pada masanya...
Alhamdulillah... Cuma, mulut ibu tak berhenti berdoa, SELAMATKAN ANAK AKU...SELAMATKAN MATA ANAK AKU...YA ALLAH...

Anchik, masa Anchik dibawak ke bilik pembedahan, kaki ibu terasa lumpuh, anak.. Babah yang terpaksa temankan Anchik...Tengok macamaner Anchik dibius, sampai Anchik lena..baru babah tggu Anchik kat luar.. Abang pulak, temankan ibu...pegang tangan ibu, sambil kuatkan semangat ibu.. Terima kasih Abang, walaupon abang masa tu baru 4 tahun, tapi Abang sanagt cerdik...
Sehinggalah Anchik dibawa keluar dari bilik pembedahan, barulah ibu terasa ibu masih bernyawa... Tapiii,sayunya hati ibu. Bila ibu nmpak mata kanan Anchik bertutup dengan kapas putih... Masa tu, Anchik masih lena lagi... Hanya Allah sajer yg tahu sedih ibu masa tu... Berminggu2 ibu menangis... Memikirkan masa depan anak ibu, yg dari awal bercita2 nak jadi angkasawan...

DAN...hari ini, cadangan doktor itu menggegarkan hati dan semangat ibu... Ya Allah, berilah kekuatan itu... Biar pun SEDIKIT..

Ibu tahu, Anchik anak ibu yang kuat semangat... Yang tak pernah putus asa.. Anak ibu yang rajin.. ALLAH akan hilangkan kesakitan, macamaner Anchik selalu buat untuk jaga Atok. Ibu akan doakan selalu untuk Anchik.. ANCHIK mesti lagi kuat dari ibu, ye!!

Cuma... Ibu harap, ibu boleh sekuat Anchik!

Friday, 20 May 2011

SK Dusun Tua, 43100 Hulu Langat, Selangor

SK DUSUN TUA


1 Disember 1990, 7.30 pagi dengan penuh semangat... Melaporkan diri di tempat pertama secara rasminya mencari rezeki.
Hehehehehe... Masa ni tak make-up langsung..Kompom natural beauty!! Hikkksss..

Ingatkan aku sorang jer yg jadik cikgu baru kat sini...ghopa2nya! haaa..ada lagi 3 org rakan seperBARUan!! Saidatul Osman, Hakim & Lim You Moy.. Maka bersalam2an & berkenal2anlah kami... Yes!! Satu kapla!! hehehehe... Legalah aku, sebab tiadalah di kalangan kami yg "poyomon"... Osman, tak silap aku, masa tu cikgu BM.. Hakim pon cikgu BM, Lim cikgu BI, aku...cikgu muzik, ahlil musik!! hahahha... Akuuu burunggg..burung tiung berperiii... AISSS KACANGGGG...AIS AIS KACANGGGG... hahahahahahaha... Osman & Hakim paling suker ejek2 aku nyanyi! 

HAKIM ~ cikgu yg suker tulis sajak..ada2 jer sajak yg dia tulis tiap2 hari. Pastu soh aku baca... Yg paling best, bila dia dah tulis sajak tu..kat bawah skali mesti tulis... "untuk Atin ku"... Pastu, masaklah dia kena kutuk ngan aku... Hahahahahaha...sori Kim! Masa tu aku masih brutal tahap dewa!! Jiwang2 ni, aku campak ke laut..maklom, aku baru lepas frust giler menungging2, ngan senior aku!! So, cintan cinton memang aku alergic!! Aku TAK kata kau syok kat aku...tapi ayat2 sajak ko tu, aku yg kategorikan "jiwang" !!! Aku tak main ayat2 sajak masa tu... Engkau tau tu kan?? hehehehehe... Tapi, apa2 pon jadik masa tu,kita tetap kawan baik sampai sekarang. Aku datang masa ko kawin..kat Kg Tebuk Tengah n yg kat Kajang tu... Aku sama2 temankan Ida kat bilik pengantin... Aku bangga masa tu, kawan baik aku kawin... Huuhuhuhu...aku gak tak laku2 lagi masa tu!! hahahahahaha... Dan sekarang, anak2 kita dah besar2 belaka.. Last aku jumpa ko, masa anak cikgu Rosdin kawin...pastu tu, kita jumpa kat FB je... Ko masih tetap mcm dulu jugak. TERIMA KASIH Kim, jadik kawan aku sampai bila2!

OSMAN ~ suker gaduh dengan aku!! Aku kadang2 benci kat ko!! Ko suker sangat sakat aku. Tau takkkkkkkk?? Sampai sekarang aku alergic dgn Zulian!!! Ko punyer pasallah!! Aku baru belajar2 nak jual Zulian masa tu..(saper ntah kenalkan aku dgn Zulian tu...) ko dah kutuk aku kaw2 punyer!!! Aku ingat lagi, dekat2 seminggu aku taknak cakap dgn kau!! Kau ingat takkk? Ko kata... wahhhhh! tokey emas dah bukak kedai!! Mari2!  saper nak beli emas, cari nini!!  pastu ko gelakkan aku mcm nak meninggal!! eeeeeeeeeeeeee!! aku benci sgt kat ko masa tuuuu!!! Hehehehe...tapi, aku marah kat ko tak lama mana pon, sbb kita berapa org jer masa tu kat Dusun Tua... Balik2 nak gelak sama2 pon, kita2 n kakak2 yg lain pon..nak gadoh2 pon, gadoh kejap2 jer.. KECUALI dgn yg 2 orang tu!! IZHAR yg mcm Brutos citer Popeye n Si Mamad perut buncit tu!! Aku paling tak suker kat diorang... SAMPAI SEKARANG!!! Tapi Man, ko lah kawan yg pertama aku bgtau yg aku dah naik pangkat... Dan ko lah kawan aku yg pertama bagi aku galakkan dan tunjuk ajar.. Ko siap bgtau aku pasal fail2 & PIPP... Strategik sekolah.. dan ntah apa2 lagilah... Pastu, lepas beberapa minggu aku kat jawatan tu, ko lah yg tanya kat aku 'mcmaner, ok?' hahahahahha..apa lagi yg boleh aku jawab, melainkan OK jugak.... TERIMA KASIH Man!! Ko dah tak macam dulu lagi, yg suker sakat aku! Terima kasih masih jadik kawan aku sampai sekarang.

LIM YOU MOY ~ kawan amoy & kawan seperSLIMan aku... Lim badan dia tegap, besar...kompom mata sepet..  Hari2 suker citer pasal berat badan. Lim yg kenalkan aku dgn produk SHAKLEE.. makanan tambahanlah katanya... jaga kesihtan lah... dan yg paling best, kami sama2 makan pil diet! Tiap2 hujung bulan, kami sama2 timbang berat badan... Berlumba2 nak ringan!! Hahahahaha,...sebulan ringan, pastu sebulan lagi, naik balik... Pastu sama2 gelakkan diri sendiri! Tapi, akhirnya kami berjaya jugak menjadi Cikgu Pompuan Berbadan Besar yg SELIMMMMM!!! Hahahahahaha.... 
Kami pernah berkaloborasi  bertiga - Lim, Nini & Dudi, menghasilkan teater CINDERELLA sempena pertandingan bercerita Bahasa Inggeris Daerah Hulu Langat. Bayangkan, dulu2 SK Dusun Tua ni, tak dipandang sebelah mata pun oleh pihak PPD mahupun sekolah2 kat area Kajang...bila bab2 bahasa inggeris ni...Maklommmm, kononnya sekolah kampung!! Hahhhh!! Apalagiii.. Kami buktikan, yg anak2 SK Dusun Tua POWER!!! Pemilihan pelakon, kostum, backdrop, pakaian setiap watak..pengawal2 istana...belom dengar muzik latar lagi.. Lionel Ritchie bebb!! Tang ibu tiri, kakak2 tiri...Prince Charming..Cinderella kami.. fairygod mother... Fuhhhhhh!!! Kenangan Terindah yg mmg tak dapat dilupakan, bila pengerusi majlis mengumukan...THE WINNERRRRRR ISSSSSSS.....SK DUSUN TUAAAAAAAA!!!! Melompat2 kami bertiga!!! Bukan pelakon2 kami yg over, KAMI!! Berpeluk2 tak tercakaplah gumbiranya masa tu...
Inilah kenangan indah dengan Lim... Cuma, sampai sekarang aku tak tau dia kat mana, masih jadik cikgu ke, atau dah jadik manager Shaklee ke...atau dah tak tinggal di Malaysia lagi. Lim, kalau Lim baca blog ni... contactlah nini.. I miss you, Lim You Moy!

Kakak2 yg lain, yg aku masih ingat...Sis Fidah, adik ipar cikgu Azmi. Kak Zan tokey Tupperware..(aku pernah berhutang dgn kak zan rm250 masa tu,duit tupperware. Tapi, kak zan tak pernah mintak pon! Dekat2 setahun gak...pastu aku bayar. Malunya tak terhingga...) Kak Shidah kerani... kak Fatimah, kiranya kakak ni ketua kerani masa tu.. Kak saper lagi ekkk??? huhuhuhu...aku dah tuaaa... Opppsss..Kak Yanie, pakai tudung labuh, English teacher...Lembut jer orgnya, tapi suker mencubit!! Hahahahaha....syyyyhhhhh! Alaaaaa...yg lain aku tak boleh nak ingat... Sori kakak2..bukan niat nak melupakan, tapi memori gib ku dah banyak karatssss!!! hehehehehe...

Yg 2 org yg paling aku TAK SUKER tu!!!! Biarlah ku simpan rahsia tu.... Ada dikalangan anak2 murid aku yg tau saper dia dan kenaper... Biarlah ianya menjadik rahsia kami anak beranak!! hahahaha...barang lepas jgn di kenang....kekekekekeke...

Jeng  jeng jenngggggg.... Bab bercerita tentang anak2 murid sulong kesayangan ku.... Memang tak boleh abis seminggu!! Kalah citer NurKasih!!! 

ANTARA ANAK2 MURID SULONG YANG MASIH MENGINGATI AKU > (yg sgt pelupa...)
Gambar2 kemesraan dan kejayaan kami anak-beranak, boleh cari kat dalam album Fb aku... http://www.facebook.com/media/set/?set=a.1390980295574.2056871.1264132121

Mohd SaifullahSiti Suhaida Subari

Lienda AliasTuan HakimMohd Zaid Mohd Ali

Zalifah MohamadAhmad Faridhilmi Muhammad BakriIda Izayu MokhtarJunaidah JaafarNorhafizah RosliKhair Lisana Shidqinازهر مناقBeezan NazibCt AngahNorida MiswanNadia SuyatNorafizah SawaSiti Maryam Zainal AbidinAnaSal HamidAkmal RamlyMohd FarisHani AppleNoerhamdiana SyafriEmil Zaidan SuhaimiAkmal Ahmad
Fadzlie NoorBaidura AisamHaliza TajudinMuhammad HusnezamZazali MohamadMohd Fazri IsmailSiti Daleela Mohd WahidRed Kaka AnfieldBro Chiva To
Adza HashimZaimi AnuarZack ZakryNaz RmoiYusnizam YusoffFaizah Ibrahim


Betapa bangganya SEORANG AKU ~ Cikgu Nini! Mempunyai "harta" yang tak ternilai ini. Aku sangat2 menghargai mereka..SANGAT2! Hanya ALLAH sahaja yg tahu...

Dan amat terharu, bila aku dihargai dgn jamuan makan malam, di bawah kelolaan Noer Hamdiana & Khair serta rakan2 diorang... Sampaikan aku kenyang dengan cerita2 dan kenangan yg lama2... Makanan yg sedap terhidang, seakan tiada sedapnya berbanding dgn perjumpaan yg dah lama aku tunggukan...16 tahun!! Satu masa yg sgtttt.... Fuhhhh!! Tiba2 jer anak2 aku dah besar panjang! Siap dah ada anak2 lagi!! Aku dah ada cucu!! Itulah masa yg sgt2 bermakna utk seorang AKU!!

Ada diantara anak murid aku yg dah jadik Doktor, Cameraman, Pakar Minyak, Org kuat UKM, pensyarah maktab, dannnnnn segala jenis kerja yg mulia...Walaupun bukan aku yg mendidik arah kerjaya diorg, tetapi aku tetap diingati. Itulah hadiah yg sgt2 tak ternilai harganya..

Semoga kalian bahagia dan gembira dengan apa yg kalian ada! Jgn biarkan INGATAN kalian yg sangat kuat itu, tinggalkan cikgu yg serba kurang ini..

TERIMA KASIH SKDT!! TERIMA KASIH semua anak2 besar cikgu!! Kalian adalah KENANGAN TERINDAH Cikgu! Terima kasih sayang!!!!

Tuesday, 17 May 2011

LAGU KEBANGGAAN ... selagi hayat di kandung badan.


21 tahun yang lepas...
dari seorang murid sekolah menengah, sempat singgah jadi budak Tingkatan 6,di STAR Kelang. Terus dapat temuduga bertulis di SMK (P) Jln Ampang. Abak temankan. Terima Kasih Cikgu Mokhtar!! Pertama kalilah  jugak aku pakai kasut tinggi tumit...Itu pon, selepas cakap kat Abak..~ kalau Abak nak akak pegi temuduga tu, belikan akak kasut tinggi... Hehehehhe..Sebab Abak nak jugak aku jadi cikgu, Abak bagi aku duit, dapatlah aku kasut tinggi! Hahahahahaha.... Padahal, kasut ruji aku sedari dulu ialah kasut sukan!! Jahat betul anak sulong Abak ni!!
LULUS!!! Temuduga bertulis lulus!! 
Antara soalan yg aku ingat : " Kalau anda berada di simpang 4, ada lampu isyarat sedang merah, pada jam 12 tengah malam, apakah yang akan anda lakukan?
a. pandang kiri kanan, takder org terus jalan
b. tunggu sampai lampu hijau,baru jalan walaupun anda takut.
c. buat2 tak takut
Hahahahaha...ada lagikah soalan macam tu utk calon guru2 sekarang?

TEMUDUGA AMALI. 
Fuhhh...masa ni, tah lagu apa2 yg aku hafal... Negaraku, ke laut! Lagu Negeri Selangor, ke kuala!! Last sekali, hafal lagu burung kakak tua, guna rekoder. Itu jer ilmu muzik yang aku ada masa tu. TERIMA KASIH kepada Cikgu Anuar, ajar aku main rekoder masa di SK Lubok Kelubi.
Masa temuduga amali, Adek (Lili Smaily) temankan aku. Beratur tunggu giliran..Adek pon sama beratur.. Tetiba, nampak J Sham! Dek,dek! ada artis lah... hehehehehe.. ropa2nya, beliaulah yg interbiu aku.. Menggeletar lah kejap.. Di surohnya aku main piano...nak ku tekankan apa?? Nasib baik aku pernah main piano merah yg kecik kat umah Pak Ngah...ala mcm piano yg Yuna mainkan masa Juara Lagu tv3 tu... Dapat gaklah aku ketuk jadi lagu Burung Kakak Tua!! Kena gelakkan dgn JSham..aku senyum jer! Malu besau acik masa tu! Lepas tu, dia sempat tanya..."Yang adek taknak jadi cikgu??" Adek pon jawab, saya belajar lagi..

LULUS jugakkkk!!! 
Alhamdulillah kata Abak... Aku feninggg!! AKU JADIK CIKGUUU???? 
Itulah soalan aku berhari2!! CIKGU  NINI??? oooooo tidakkkkkk!!! (masa tu..)
Aku bagitau kat kawan2 yg aku jadi cikgu...bakal cikgu.. Ada yang gelakkan aku..ada yg kutuk aku, ada yg bagi galakkan... ada yg.. ada yang... hahahahahahha...yg pastinya ramai yang kutuk aku!! Kau rasalah apa yg Cikgu Anisah rasa...kau rasalah apa yg Cikgu Mokhtar rasa.. kau kena macamana kau buat kat cikgu2... hahahahaha...walaupon, sebenarnya aku taklah kurang ajar kat ckgu2 tu pon.. Aku nakal2 zaman remaja jer..
Akhirnya, aku jadi CIKGU jugak! Terima Kasih kawan2!! Koranglah penguat semangat aku!

Masuk maktab.. MPIK,Jln Tenteram, Cheras Kuala Lumpur.
Abak temankan! Naik teksi, pagi2 lagi Abak dah charted teksi.. Berangkut satu beg besar ke MPIK.. Masa pendaftaran, dapat satu set trek bottom, topi, t-shirt...Isi borang perjanjian dan mcm2 lagi lah..
Seminggu layan orentasi. Siap kena jerit pekik dek senior2... Kawan2 ramai yg kena 'tabik spring'... duduk kaki sebelah... Haiiihhh...mcm2 style ada!! (knaper aku tak kena masa tu ek???) hik hik hik...
2 tahun setengah kat situ..mcm2 suka dan duka! Koir, orkestra, kelas formal dan tak formal.. Berbagai macam jenis pensyarah...Yg itu yg ini... yg best, yg tak best...semua ada!!
Time ni, time berchenta paling best!! Arrrhhhh...sweeeeeeetttt sampai sekarang!!! AKU INGAT ITU!!
(ssyyyyyyhhhhh...rahsia ku rahsia mu!!....)

Bila ROS - tak silap kat SK Kampung Cheras Baru. 2 minggu. Lepas tu terus praktikum. Kat SK Kampung Pandan Luar. Sekarang, tak taulah nama apa pulak... Masa ni, kenangan yg paling tak boleh lupa, ada sorang murid tu. Dia kena cubit kat lengan... dia boleh kata apa? "Fulllaaaamaakkkk!! Tak sakitt arrrr...Sedappppp!! Cikgu, cubit lagi! Stimmm arrr..."                 Boleh?

SEKOLAH PERTAMA KU - SK DUSUN TUA
Kenangan terindah bersama anak2 murid SULONG ku!! 
( nnti aku citer...bukan sekarang. Sbbnya, cerita yg sgt menarik, tak boleh diceritakan dlm masa yg singkat..)
hehehehehehe

SEKOLAH KE-DUA KU - SK BANDAR BARU SG BULOH
Suka suki duka duki ku di sini!!

SEKOLAH KE-TIGA KU - SK TAMAN PRIMA SELAYANG
Sekolah yang sangat menghargai kemanusiaan dan kekeluargaan! Tak pernah ku jumpa di 2 tahun terakhirku di SKBBSB.. Terima Kasih Puan Hamidah! 

dannnnn... 

SEKOLAH KE-EMPAT KU....

SK GOMBAKKKK SETIAAAAA!! Yes! Yes! Yes!!
...penuh rahsia!! Aku akan ceritakan sepenuhnya, bila tiba masanya nanti... 
Tunggggguuuuuuu....  



Zidane & Roslin Hashim - Badminton SKGS 2011

 Zidane n badminton.
Sebenarnya, tiap2 petang Zidane takkan sambung tido...melainkan menunggu jam jadik pukul 6. ~ Ibu, Dan nak main kat luar..boleh? Itulah skrip tetap Zidane setiap petang..
Walaupun dia tidur kepenatan dari tengahari balik sekolah tu, dia macam dah set kat mata...Pukul 6 mesti jaga!! 
 Yang rajin layan dia main badminton, Abang Apan, Abang Am dia, Abg Fitri yg dia panggil "ustad"... Kadang2, abang2 sekolah menengah ni pon boleh jadi semput dikejekan dek Zidane ... Dan tak heranlah, masa Klinik Badminton anjuran Kolej Komuniti Wilayah Selangor ni, Zidane dapat buat pukulan shuttle 4 / 5. Wahhh!! Bukan main lagiii..dapat tepukan dan sorakan gemuruh dari students Kolej Komuniti ... Peserta yg paling kecik kenot... murid2 SKGS yg lain darjah 5 dan anak buah Cikgu Faizul pulak darjah 3 dan 4. Zidane, darjah 1... Ala-ala glamor la kununnn...hehehehe...Anak Ibu!!!


 Tak sangka hari ni..! Zidane dapat tanda tangan dari Roslin Hashim, pemain badminton terkenal. Memang tak lepaskan peluang masa ni.. Selepas dapat idea, Cikgu Faizul sign autograf kat singlet ... Tq Cikgu Faizul!!












 
TERIMA KASIH!
Cikgu Faizul
Cikgu Bahar
Cikgu Azhar
Dan tak lupa jugak Cikgu Hafiz Bird, yg dimaklomkan ada link dgn penyelaras program Badminton 1 Malaysia ni..
Alhamdulillah, kami bersama2 dapat merasai kemeriahan ini.