Wednesday, 19 March 2014

Amin ya rabbal alamin..Terima Kasih Ustaz Asroff kerana DOA ini...






بسم الله الرحمن الرحيم

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Allahumma Ya Ghafur wa Ya Shakur,
Segala puji-puji bagiMu Ya Allah, Tuhan Semesta Alam Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.  Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, pembawa obor kemanusiaan yang menerangi alam.

Sesungguhnya Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Pada saat dan detik bersejarah ini, kami menghulurkan tangan pengharapan, memohon ihsan dan rahmatMu, agar Engkau anugerahkan kesejahteraan, taufiq dan hidayah, juga kesabaran, ketabahan dan kekuatan kepada Yang Diraikan Puan Nini Nafaizah bt Mokhtar yang akan dinaikkan pangkat ke Jabatan Pendidikan Selangor.  Moga di penjawatan baru nanti, beliau dapat meneruskan khidmatnya sebagai pegawai di jabatan dengan lebih efisyen dan cemerlang untuk memartabatkan dunia pendidikan.

Ya Rahman, Ya Aziz, Ya Ghaffar
Kurniakanlah kepadanya dengan ganjaran, syafaat dan keredhaan atas segala jasa dan pengorbanan yang telah beliau curahkan sepanjang bergelar guru di SK Taman Desa ini.  Kau limpahkanlah rahmat dan berkat Mu, sebagai ganjaran kepada semangat juang yang tidak pernah mengenal erti putus asa, di dalam memikul tanggungjawab sebagai pendidik, pemimpin dan ibu yang sentiasa berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran, demi kecemerlangan anak bangsa.  Mudah-mudahan segala jasa, pengorbanan dan semangat beliau menjadi pendorong untuk kami meneruskan perjuangan sebagai seorang insan pendidik.

Ya Zal Jalali Wal Ikram
Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah pertemuan ini sebagai pertemuan yang diRahmati, dan jadikanlah perpisahan ini sebagai perpisahan yang diBerkati.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.
اللهم باركلنا فيما رزقتنا وقنا عذاب النار
بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شىء في الارض ولافي السماء وهوالسميع العليم
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأَخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار.ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ.

No comments:

Post a Comment