Monday, 1 April 2019


Assalammualaikum salam sejahtera & salam kasih sayang.

Alhamdulillah, hari ini terbuka hati melakar kata-kata di sini. 
Semoga ada ruang yang luas untuk melepaskan gusar dan rusohnya hati.

Ya! Gelaran dan jawatan itu sangat gah dan berkuasa. 
Sangat bermakna untuk sebuah perkhidmatan dan kejayaan. 
Seolah-olah menduduki takhta yang beribu-ribu merebutkannya.
Gelaran yang digeruni, diidamkan oleh sebilangan orang. Samada yang bercita-cita, yang berangan-angan mahu pun yang mengidamkannya.

Jauh dari lubuk hati saya yang sangatttt dalam...
Gelaran jawatan ini bukanlah satu TAKHTA yang penuh dengan kuasa. Bukan mutlak untuk sebuah kebanggaan, melainkan satu tanggungjawab dan amanah yang sangat besar. Sebesar nama jawtan itu sendiri.


Monday, 10 August 2015

ANAK JANTAN?


Subuh sejuk dibangkitkan azan
doa qunut ditadah dalam dua rakaat
solat khusyuk memulakan hari
bantal ditepuk-tepuk, selimut dilipat
mandi, towel disidai, 
bilik dikemas mewangi seharum kasturi.
Barulah JANTAN!



Belajar, merantau ke tempat orang,
bawa akal, bukan pisau
bawa adab, bukan biadap
cari ilmu jangan jemu
jimat duit makan sekelumit
barang sedikit sama dicicip
adat berkawan, jangan berlawan
adat bersahabat, sentiasa akrab
Barulah JANTAN!!


Balik bercuti, kampung home town tujulah terus
sembah salam tangan ibu ayah pertama sekali dicari
pipi mereka usaplah dengan kasih
adik -beradik dikumpul dipakat
biar hidup jadi berkat
supaya hidup banyak manfaat dan sepakat
sesekali balik, biarlah rapat
makan semeja janganlah cepat-cepat
sambil cerita-cerita suka duka dan penat
sama-sama dikongsi, tentu lebih erat
Barulah JANTAN!



Sesekali balik memanglah rindu kawan dan sahabat
Maju Ahmad Thaqwa skrin bola asap naga jadi tujuan
simpan duit yang 13.80 tu, biar jadi harta dan kaya
dari jadi asap serupa asap kereta
paru-paru hitam macam dakwat sotong
bila dah teruk takder siapa yang boleh tolong
kan bagus kalau duit tu masuk tabung
Barulah JANTAN!



Kan owsem kalau surau masjid jadi pelabuhan
jemaah sama-sama amalan berkongsi cerita
embun jantan tak turun lagi dah ada depan rumah
beri salam tanda mata nak lelap
ala kadar hirup teh o ais roti telur
esok jumpa lagi, esok cerita lagi. 
wasap facebook instagram telegram wechat twitter kan ada
untung menyambung cerita suka dan duka
sesekali tunjuk awek cun koleksi terbaru
tak perlu tunggu bulan nak beradu
Barulah JANTAN!



Anak-anak ibu dan anak-anak bujang cikgu
sementara masih muda sebelum terikat dan diikat
bergembiralah cara sihat dan ikut syariat
ber-remajalah ikut adat dan bermanfaat
jangan cari jalan hingga sesat
malu bertanya tak nampak jalan
berat mulut hanyut di lautan
degil tak dinasihat buruk akibat
jadilah anak yang bijak dan taat
ingat mengingat, nasihat menasihat dan tegur menegur
sesama sahabat dan kawan
biar ke jalan yang betul
BARULAH JANTAN!!!





 Dedicated to : 
The Great Friendship of Blood Brothers 96









Monday, 7 July 2014

Kasihan anak ITU





Ya Allah
Musibah apa yang aku dengar... yang aku lihat dan yang aku terima.

REMAJA MATI DIBELASAH AYAH

Tak tertahan air mata meluncur laju.
tak tertahan mulut mendoakan yang baik-baik saja.

ABAH, SAKIT ABAH..

Ya Rabbi, tak ada belas kasihankah..bila anak merintih begitu?
Tak hinggap sikit pun ke di hati tu rasa sayu,bila anak merayu macam tu?

Anak bujang yang meningkat remaja..
yang baru nak kenal dunia.. 

yang sepatutnya sedang merempit seperti anak remaja lain zaman sekarang.. 
yang sepatutnya sedang ada handphone di tangan... 
yang sepatutnya sedang ada awek dirindu..
yang sepatutnya menyembur wangi-wangian,tak kiralah jenama apa...
yang sepatutnya ...yang sepatutnyaaa...

Ya Allah...halilintar apa yang menyambar hati ibu ini...

remaja 17 tahun, mati dibelasah ayah...
saya hanya jenguk sekejap2 ke dalam bilik...
saya ingat hafis sakit sangat sampai tertidur...

Ya Allah, bagaimana sakitnya anak lelaki itu... 
jika ditakdirkanlah dia masih hidup selepas dibelasah, 
tak ada ibu atau ayah yang temankan rasa sakit...
tak ada belaian tangan ibu meredakan nazaknya...
diakhir hayatnya, siapakah yang mengajarkannya syahadah...
kasih dan sayang apakah ini...


Anak-anak ibu yang ibu sayang...

Abang
Anchik
Nisha
Zidane

dan anak-anak lain yang ada di luar sana.

Ada anak lain yang sangat MALANG di dunia kehidupan mereka...
ada insan lain melalui cara hidup yang berbeza dengan apa yang anak2 ibu lalui dan alami...

Apa yang sangat2 ibu nak pesan...

BERSYUKURLAH anak2 ibu.
BERSYUKURLAH.

Setiap kali kita mengeluh, setiap kali itu jugalah rezeki kita menyusut...
Setiap kali kita merungut tentang kekurangan kita, setiap kali itulah rezeki akan ke tepi...
Setiap kali kita menyalahkan orang lain, setiap kali itulah rezeki menolak untuk bersama-sama dengan kita.

Ibu tahu, anak2 ibu sangat istimewa.
BERSYUKUR
 yang kita amalkan selama ini, semakin sebati dalam darah dan daging kalian.

Alhamdulillah, Terima Kasih Allah.



Wednesday, 19 March 2014

Amin ya rabbal alamin..Terima Kasih Ustaz Asroff kerana DOA ini...






بسم الله الرحمن الرحيم

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Allahumma Ya Ghafur wa Ya Shakur,
Segala puji-puji bagiMu Ya Allah, Tuhan Semesta Alam Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.  Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, pembawa obor kemanusiaan yang menerangi alam.

Sesungguhnya Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Pada saat dan detik bersejarah ini, kami menghulurkan tangan pengharapan, memohon ihsan dan rahmatMu, agar Engkau anugerahkan kesejahteraan, taufiq dan hidayah, juga kesabaran, ketabahan dan kekuatan kepada Yang Diraikan Puan Nini Nafaizah bt Mokhtar yang akan dinaikkan pangkat ke Jabatan Pendidikan Selangor.  Moga di penjawatan baru nanti, beliau dapat meneruskan khidmatnya sebagai pegawai di jabatan dengan lebih efisyen dan cemerlang untuk memartabatkan dunia pendidikan.

Ya Rahman, Ya Aziz, Ya Ghaffar
Kurniakanlah kepadanya dengan ganjaran, syafaat dan keredhaan atas segala jasa dan pengorbanan yang telah beliau curahkan sepanjang bergelar guru di SK Taman Desa ini.  Kau limpahkanlah rahmat dan berkat Mu, sebagai ganjaran kepada semangat juang yang tidak pernah mengenal erti putus asa, di dalam memikul tanggungjawab sebagai pendidik, pemimpin dan ibu yang sentiasa berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran, demi kecemerlangan anak bangsa.  Mudah-mudahan segala jasa, pengorbanan dan semangat beliau menjadi pendorong untuk kami meneruskan perjuangan sebagai seorang insan pendidik.

Ya Zal Jalali Wal Ikram
Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah pertemuan ini sebagai pertemuan yang diRahmati, dan jadikanlah perpisahan ini sebagai perpisahan yang diBerkati.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.
اللهم باركلنا فيما رزقتنا وقنا عذاب النار
بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شىء في الارض ولافي السماء وهوالسميع العليم
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأَخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار.ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ.

Tuesday, 18 March 2014

Kasih sayang ini kena jua saya leraikan...



Assalammualaikumwarahmatullahhiwabarahkatuh
Dan
Selamat sejahtera.


Sama2 kita doakan keselamatan penumpang2 MH370 
walau dimana pun ia berada.


Yang sangat dihormati
Tn Hj Mohammad Zaid B Ahmad, Guru Besar...sifu..juga merangkap ayahanda saya disini.


Penolong Kanan Hem,En Zulkipli Saedun
Penolong Kanan Kokurikulum, En Mat Yatim Maidin,
Lelaki2 Melayu terakhir yg terhensem yg pernah saya jumpa...


En Azmi Sham b Hj Muhammad
Selaku tetamu khas utk program Nilam sekolah... tak kurang juga tampannya...


En Zulkifli b Dato Mokmin
YDP PIBG SKTD serta ajk2 ibu bapa yg hadir....


Sahabat2 yang saya kasihi,
Guru2 yang sama2 berjuang 
meningkatkan prestasi akademik,sahsiah dan fizikal anak2 di Bandar Country Homes ini...


Seterusnya... 
Anak2 yang sangat cikgu sayangi.
Cikgu Sayang Kamu!!
Cikgu sayang kamu!


Hari ini,
hari yang akan saya tinggalkan SK Taman Desa.
Hari ini, 
hari yang akan saya serahkan segala tugas dan amanah yg 

sayapegang selama ini. 
Hari ini juga
adalah hari yg saya diberi peluang utk berada di atas pentasini...
sekian kalinya sebagai cikgu di SK Taman Desa.

Terima kasih 
kerana menrima saya seadanya,ketika saya berada di sini.
Terima kasih Ayahanda 
kerana memberikan kepercayaan sebagai seorang kakak 
dan org kedua mentadbir negeri sekolah ini..
Terima kasih pen2 kanan hem n koko,
kerana sama2 bkerjasama...
Terima kasih para sahabat guru,
kerana menerima saya seadanya...
mmberikan kerjasama yg sgt tulus dan ikhlas...
sama2 mendidik anak2 yg ada di depan kita ini...
Banyak kenangan terindah yg tersemat di akal saya... 
Tak kurang juga yg manis dan membuatkan saya terharu... 
Suka duka kala kita berhadapan dgn berbagai dugaan...


Cikgu Sharifah 
selaku setiausaha kurikulum...
byk yg saya belajar dari beliau...
bykyg beliau bantu saya.. 
Byk suka duka yg kita hadapi bersama...
kita gosipkan bersama dan kita menangis dan ketawa bersama... 
Demi pengurusan sekolah jadi cemerlang... 
Syukur saya ada beliau...

Ketua2 panitia kita 
yg sgt mahir dlm bidang subjek masing2... 
Terima kasih cikgu!

Pemimpin2 baru 
yg cemerlang mnyelaras pengurusan tahun masing2... 
Cikgu Linda Manan,Cikgu Ranjit dan Cikgu Norsiah org kuat tahun 6.

Disiplin anak2 kita yg semakin cemerlang 
dgn suara yg semua warga SKTD kenali...Cikgu Yusof...

Pusat sumber yg semakin jelita dan nyaman... 
Cikgu Syahrul Bariah tukang andam kpd perubahan itu...

Ruang tamu sekolah 
semakin cantik dgn sentuhan cikgu suriati and the gang bila ada majlis di dewan..

Buku2 program dan kertas kerja yg cantik menawan 
hasil tangan ckgu azizahdan ckgu rozila...
dan lupa juga cik farah suhaila kita yg lemah lembut gemalai..

Tandas harum mewangi...
ppda dan Cikgu Nurul Badar tukang siram pewangi cantiknya dibantu kakak2 cleaner yg baik budi...

Anak2 bersukan...
ke negeri layaknya kalau bukan cikgu karim taukey besarnya
bersama cikgu2 sukan yg lain.....
Banyak kejayaan yg kita sama2 tempuhi... 
Syukur, saya bangga berada di sini...

Jakarta bandung penyambung kasih sayang kita...
Cikgu anuar... 
Tak mungkin dpt saya lupakan percutian keluarga kita itu...

Tn hj..Ckgu ranjit, Ckgu Sharipah.. Cikgu norsiah.. Cikgu Bhalveen, 
Cikgu Syahrul, Cikgu Rozila, Cikgu Zakiah, Cikgu Noraidah, Ustazah Siti Hajar, Ustazah abidah........

Ingat lagikan... 
Kita naik vampire. honk bunyi sexi.. rumah kain.. kopi dangdut... kg daun yg romantik dgn berbagai nama kuih... tangkuban perahu..

Haihhh...sangat indah. Mana mgkin saya dpt melupakan kluarga saya 
yang ini.
Hanya dgn izinNya sahaja...
kenangan itu mngkin akan dihilangkan walaupun radar saya masih berfungsi dgn baik.

Jika ada trip lain nanti, ajak2lah saya. Sampaikan salam kasih saya kpd ahli kluarga yg sama2 mencicip kenangan di Jakarta Bandung.


Anak2 yg cikgu sayang...
Ini pesan cikgu utk awak
Belajar rajin2...
Jgn lupa solat...hormati kedua2 org tua kita.. 
Muliakan guru2 kita...
Makan makanan yg bersih dan halal...
Bersungguh2 dalam apa sahaja perbuatan yg baik pasti kamu berjaya 
dgn cemerlang.
Teruskan amalan kamu...
Makan...
Minum...
Berikan....
Sedekahkan...
Sampah. ..
Baca. ...

Cikgu sgt berbangga ada kamu!


Ini pesan ckgu lagi...
Jika kamu telah berjaya,
jgn sesekali lupa untuk bersyukur.
Jika kamu telah berjaya,
jgn sesekali kamu melupakan jasa kedua org tua kamu...
Jika kamu telah berjaya...
jgn cepat mnjadi org yg bongkak...
tidak rugi merendahkan diri...

Sbb kamu berjaya itu... kerana bantuan org lain yg ada disekeliling kamu...

Jika waktu itu kamu ada ketua,
hormatilah ketua kamu sebaik yg mungkin...
Jgn sesekali berasa lebih hebat dari mereka..
Kerana org yg hebat tidak akan mendabik dada 
di atas kekurangan org lain...

Dan jika kamu telah berjaya nnt...
sentiasalah ingat... 
Dimana bumi dipijak di situlah langit dijunjung.

Anak2 cikgu yg cikgu sayangi...
Ckgu memohon ampun dan maaf 
jika ada ilmu yg tidak sempat ckgu sampaikan...
Jika ada masa masa yg ckgu tidak penuhi utk kamu..
Jika ada bahasa ckgu yg melukakn kamu...
Jika ada perbuatan yg mnyakiti kamu...
Melainkn semua itu, 
adalah niat ckgu utk mnjadikan kamu anak yg terbaik yg ckgu ada.
Ckgu juga telah memaafkan setiap kamu..
sudah tidak ada sekelumit dosa pundari kamu kpd ckgu.
Sampaikan salam ckgu kpd ibu bapa dan penjaga kamu.
Ckgu sayang kamu.


Sebelum saya turun dari pentas ini, saya memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, dari tn hj, para sahabatguru, jawatankuasa ibubapa, abg2 & kakak2 pembersihan... pengusaha kantin dan para pekerja kantn, kaki tangan pejabat dan juga  pengawal keselamatan sekolah kita..

Mohon juga halalkan makan minum saya 
jika ada terambil terlebih atau terkurang. 
Halalkan juga segala bicara saya.

Begitu juga, tiada sebesar zarah pun yg saya simpan dalam hati,  segalanya telah saya halal dan telah saya izinkan...  Kerana saya tahu, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula adat kita bekerja. 
Kosong-kosong!


Sapa lah saya jika terjumpa...lambailah saya jika terlihat dari jauh...

Akhir kata...
Kasih sayang ini tiada penghujungnya...
Jika rindu carilah suara...
Jika mampu,kita kan bersua.


Salam sayang dari saya.
Assalammualikum dan salam sejahtera.




Wednesday, 5 March 2014

Buah APPLE yang belum mampu ibu belikan...




Dengan nama Mu yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Semendung langit, berarak awan berat, semendung itulah hati ibu ini...
Janji telah ibu lafazkan, niat telah ibu lontarkan..
Usaha sudah pun Anchik laksanakan... 

Alhamdulillah, Anchik dah pun berjaya mencapai apa yang Anchik usahakan. 
Ibu bangga anak! 
Rupa-rupanya, Anchik berjaya dan mampu menggapai apa yang selama ini kelihatan kabur dalam genggaman... Anchik berjaya dapatkan 3A dengan cemerlang pada ujian 1 yang Anchik hadapi. Baru kali ini Anchik tak bawak balik "sampah", kata Babah.
Dalam hati kecik ibu, ibu sangat bangga. "sebenarnya anak2 aku memang pandai2 belaka... cuma diorang ni taknak buktikan lagi...". 
BUNGA TAK KEMBANG SERENTAK! 
Kata2 penyejuk hati dari Kak Fatimah, nanny jiran kita.

Ibu tahu...
Siang malam Anchik mengadap buku. Ada masa terluang, bukulah yang Anchik cari.. Bukulah yang Anchik uliti. Bukulah jugak meneman Anchik tidur dinihari.. Bukulah teman Anchik siang malam. Jika boleh, mandi pun Anchik nak baca buku. Ibu tahu itu. Ibu nampak itu... Usaha Anchik sangat berbaloi. Usaha Anchik memang mengejutkan ibu.
Hati kecil ibu masih kekal bangga. Alhamdulillah.

Syukur ya Allah, makbul rupanya permohonan aku yang kerdil ini. Makbul rupa2nya permintaan ku ini...

Cuma Anchik... Mendung hati ibu semakin gelap mendungnya.
Bila Anchik watsap ibu...


Ibu tanya : Inikah?? Tapi bukan apple (icon apple) kann.. atau vaio, bukan kannn...

Anchik jawab : Itu apple hhahahaha drpd beli iphone sama je harga ngan gmbr tu.. Anchik sertakan skali icon menangis air mata berjurai.
(sebenarnya, airmata ibu dah bermangkuk bersarang dihati...)

Anchik kluar icon hati terbelah dua, 5 bentuk.

Ibu nak kepastian lagi...ibu tanya lagi. 
Dalam gambar tu, brand ayam (icon ayam putih) ke?

Anchik kata, tak, dalam gambar tu brand apple (icon apple).
Anchik balas lagi...
hahahahahha ancik teringin na laptop yg ancik send gambar tu haaa
Laptop dlm gambar tu brand apple

Dengan rasa terkedu, ibu pun jawab. ooo..ok. Aduyaiii...Harga?

~ sama mcm iphone...

Iphone, baru 1.5k

~ itu ipon4

Laptop tu...mau gak 2.5k
ibu mampu ipon4 jer..

~ huhuhu (anchik kluarkan icon muka sedih)
~kumpul duit sendiri la jawabnyer. huhuhu

anchik kluarkan berbagai icon org nangis dan sedih..
~ Takperla takde rezeki (icon org sedih 5 )

Dan masa tex Anchik yang itu... 
Tangan ibu ke dahi, hati ibu merintih sayu.. Ibu bermimpi buih tak berterbangan... 
Ibu hanya mampu berdoa.
Allah bukakan seluas2nya pintu rezeki di langit, bumi dan laut untuk ibu. 
     Jika di langit, ringankanlah ia terbang ke dalam pintu rezki ibu...
     Jika di bumi, segarkanlah ia tumbuh ke dalam ruang rezki ibu...
     Jika di laut, limpahkanlah ia di segenap ruang hidup keluarga kita... 
     AMINN.
Agar ibu mampu meng-adakan apa yang Anchik teringinkan tu... 
Agar ibu boleh penuhi impian Anchik itu... Ibu bukan orang ada2.. Ibu bukan orang senang2.  

Ibu tahu, Anchik tentu akan kata ibu ni penipu. Ibu bagi anchik harapan palsu untuk dapatkan banyak A!!!
Tentu Anchik akan kata, ibu hanya pandai cakap dan janji, tapi tak pandai nak kotakan janji...

Anchik yang ibu sayang...
Masa ibu berjanji tu, ibu terdengar Anchik mahukan iPhone4... Dan disetiap bual Anchik, yang terdengar di telinga ibu... iPhone4 iphone4 iPhone4... Dan yang terlintas dibenak ibu, itulah yang ibu akan mampu belikan untuk Anchik dan tentunya Anchik akan mahukan iPhone4.

Ya ibu akui memang salah ibu... 
Sebab masa tu ibu kata, dapatkan atleast 3A, masa tu mintalah apa saja. Ibu akan belikan. Dan akhirnya, Anchik berjaya buktikan,yang Anchik ibu ini memang hebat dan cemerlang!!
Tak terjangkau difikiran ibu, apa yang Anchik mahukan tu... 

Anak, 
ibu akan tunaikan janji ibu. Tapi beri ibu masa. 
Insyaallah, ibu takkan kecewakan TERINGIN Anchik tu. Supaya Anchik terus berusaha bawak balik haruman keputusan yang membanggakan ibu dan Babah.. 
Anchik takkn bawak balik lagi "sampah"..
Hanya cepat dan lambat sahaja untuk ianya ada depan mata Anchik.
Anchik sabar ye...

Cuma pesan ibu, belajarlah anak. Jadilah cemerlang seikhlasnya. 
Ibu akan usahakan apa yang termampu, walaupun hingga ke keringat ibu yang terakhir.
Sebab ibu mahu, kalian tidak rendah ketika sama berdiri, tidak terlalu tinggi ketika sama duduk.

Ibu SAYANG anak-anak ibu.

BELAJARLAH RAJIN-RAJIN.



Wednesday, 25 September 2013

Beribu puluh Detik aku tidak di sini...


Al Fatihah
Alhamdulillah hirabbil alamin
Arrahman nirrahhim
Malikiaumiddin
Ieyakanaqbudu waieyaqanazttaien
Eh dinassiratalmustaqim
Siraa tallazi na an am ta Allaihim
Qairilmaqdu bialaihim
Waladdoolinn.
Amin.

Khas untuk Abak yang akak rindukan.
Tuan Haji Mokhtar Bin Hj Salleh

Abak, 
hari ini akak mula mengetuk papankunci komputer di ruang yang dah lama akak tinggalkan.
Hari ini, baru akak dapat kekuatan untuk menulis di sini..
Akak bertatih semula...akak takut air mata tak terbendung bila menulis di sini..
DAh tentu cucu2 Abak bertanya kenapa ibu menangis, sedangkan jawapannya telah berada di dalam rindu akak pada Abak.

KAKAK SAYANG ABAK
Itulah ayat yang Abak dengar sebelum akak zikirkan Allah Allah Allah di telinga Abak.
itulah susunan ayat yang akak nak sebutkan lagi dan lagi...
Akak bersyukur, sebab akak dapat ungkapkan sebelum Abak tutupkan mata.

Abak...
Selepas Abak pergi... Selepas Abak tinggal akak dan kami...
Setiap pagi akak akan berjengkit turun tangga, kononnya nak bagi salam macam selalu.. Assalammualaikum Tuan Haji Mokhtar!!
owwh...Abak dah tak ada! Namun, akak teruskan salam, sebab akak tau, itulah tempat Abak, dan tentu Abak masih ada di situ...
Selepas Abak pergi...
Tak lupa jugak akak nak mencium tangan Abak bersalam sebelum melangkah ke sekolah, seperti selalu... baru teringat, tangan Abak sudah tiada lagi bersama kami.. Anak2 berpandangan.. 
Abak...
bila di sekolah, akak masih merasakan Abak ada di rumah. Tunggu akak balik dan soalan wajib Abak...
" dah balik kakak..?"
Dan akak tak pernah tak bagi salam.. Assalammualaikum Abak, akak dah balik... Sambil pegang tombol pintu, terus mencari2 katil Abak... Owhhh..baru akak tersedar, katil Abak dah tak ada penghuninya lagi... Tapi, akak tahu, Abak tetap ada di situ...

Abak... 
merindukan Abak perkara yang tak mampu akak tanggung sendiri.
Akak menulis di sini, sebab akak nak kongsikan dengan anak2, cucu2 Abak. Supaya diorang tahu, yang kasih sayang antara seorang anak dengan ayah tak semudah itu terputus. Supaya juga, sementara diorang masih ada akak dan menantu Abak, sebagai ibu dan babah diorang, sebutlah sayang selalu. Dan bila berjauhan, biarlah diorang ada rasa rindu dengan kami. Untungnya anak2 kami, rindu diorang boleh peluk kami...boleh cium tangan pipi kami... 

Tak mengapalah... 
Untungnya akak, sebab akak ada ABAK. 
Dan untungnya rindu akak, 
sebab akak dapat memegang denyutan jantung ABAK yang sekian kalinya...
Untungnya akak, 
akaklah orang yang terakhir Abak berikan senyuman yang paling manis yang pernah Abak buat sebelum2 ni...
Walaupun rindu akak ini tak terbendung rasanya.

AKAK SAYANG ABAK!

Al Fatihah.


Sunday, 3 July 2011

MATA ANCHIK ibu lagi...



ALHAMDULILLAH...
Doktor kata...
KITA BERI MASA LAGI UNTUK ZAIM, KITA TUNGGU SAMPAI TAHUN DEPAN...

Legaaa...
Doktor kata, mata kiri Anchik agak juling... Jadi, kalau buat operation nak masukkan lense sekarang, dikhuatiri, akan kena buat lagi sekali pembedahan..Adalah lebih baik jika kita beri dia peluang baiki juling itu.. 
Caranya ialah dengan :
Kita syorkan 'contact lense' yg lebih baik dan sesuai utk kesihatan mata Zaim.. Contact lense pakai buang. Tiga bulan sekali, tukar.. 

Fuhhhh...tak kesahlah!
Janji Anchik tak sakit banyak kali.. Janji Anchik boleh jalani hidup sama macam org lain... macam anak2 lain..
RM200 utk SATU mata Anchik...!! Tak kesahlah... Duit boleh cari.. ANCHIK ibu??




Bilik ni, dah kenal Anchik sejak sepuluh tahun dulu lagi... 
Kerusi, lampu dan meja2 kat sini, semua dah kenal Anchik.


Apa jenis teropong mata yg ada kat sini... Semua Anchik dah gunakan... Silap hari bulan, doktor2 mata pelatih pun, belom penah sentuh teropong2 ni... Hehehehe...
Anchik dah biasa dah... Dari duduk atas kerusi berlutut, sampailah duduk yg biasa mcm ni... 



Ini pulak,dalam kotak besar berbaldu merah ... antara cermin2 yg berbagai rupa dan saiz..ketebalan jugak! Semuanya Anchik dah try!! Macam Inspektor Gadjet pun ada...



KERUSI AJAIB ANCHIK
Kerusi Ajaib ni, boleh bawak Anchik terbang ke dunia kaburrr...ke dunia jelas... Gelap dan terang... 
Masa Anchik kecik2 dulu, kerusi ni akan ditinggikan ikut kesesuaian Anchik masa tu.. Sekarang tak lagi. Sbb Anchik dah tinggi besar panjang... Tak payah adjust lagi... Dan Anchik dah tau bila kena duduk atas kerusi ni...


SINKI ni!
Kat sinilah kami suami isteri dan Anchik kursus cara2 mencuci contact lense.. 
Sejak Anchik berumur 5 tahun lagi..
Sinki ni pun dah kenal kami anak beranak!




KEPADA nenek2 Anchik, makcik2 Anchik.. dan kawan2 Anchik.. Jgn risau ek..Anchik akan menjalani pembedahan tahun depan. Mungkin selepas Anchik menduduki PMR... InsyaAllah.
Dan kalau nampak Anchik tak gunakan cermin mata dan contact lense, tegur2lah dia. Tandanya kita sayang Anchik!!

Terima kasih jugak kepada kawan2, saudara mara dan anak2 murid yg memberikan kata2 semangat, ketika kami menghadapi kesukaran tempoh hari.. Hanya Allah yang dapat membalas segala kebaikan kalian semua. 

Terima kasih.